Home » » Malaysia Wajib Sekat ; Laman Web Bebas Berzina Akan Beroperasi Di Singapura !!

Malaysia Wajib Sekat ; Laman Web Bebas Berzina Akan Beroperasi Di Singapura !!

Written By Unknown on 09/11/2013 | 11:00 am



Laman web zina AshleyMadison.com ditetapkan untuk memulakan operasi di Singapura walaupun bantahan kuat daripada penggubal undang-undang dan orang ramai.

Satu page facebook " Block Ashley Madison - Singapore" setakat ini telah mendapat 26,000 like .

The Straits Times melaporkan bahawa laman web diasaskan di Kanada, yang menyediakan urusan untuk berzina atas dasar "hidup ini singkat ", telah menubuhkan sebuah portal tempatan bagi orang ramai untuk mendaftar.

Pengasas dan ketua eksekutif Noel Biden dijangka akan menghadiri pelancaran laman web itu pada 17 November ini.

Platform tempatan akan disediakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin , versi Bahasa Tamil dan Melayu akan menyusul. Yuran langganan adalah diperlukan bagi ahli-ahli untuk berhubung antara satu sama lain bagi urusan zina.

Dilaporkan bahawa Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga, Chan Chun Sing menentang edisi Singapura laman web ini.

"Saya tidak mengalu-alukan laman web seperti itu di Singapura," Chan menulis di laman Facebook beliau.


Pihak Berkuasa Pembangunan Media di negara ini menyatakan bahawa ia akan menghalang portal itu daripada menawarkan perkhidmatan di negara ini .

Tinjauan admin mendapati laman web tersebut mempunyai 22,200,000 ahli berdaftar. Ini membawa maksud terdapat 22.2 juta penzina berjaya dikumpulkan oleh laman web tersebut.

Siapakah sasaran sebenar?

Sudah pasti sasaran sebenar mereka adalah rakyat Malaysia dan Indonesia yang penduduknya berlipat kali ganda lebih ramai daripada rakyat Singapura.

Kerajaan Malaysia setakat ini gagal membendung gejala sosial yang melibatkan seks bebas sehingga mewujudkan banyak kes buang bayi. 

Pembunuhan kejam bayi-bayi yang dilahirkan hasil daripada perbuatan zina menjadi fenomena yang menghiasi muka-muka akhbar dan portal internet Malaysia.

Kehadiran portal Ashleymadison.com bertapak di Singapura akan menambah burukkan keadaan sosial ramaja Malaysia yang sudah sedia tak terkawal.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger