Home » » "Lahad Datu Sandiwara UMNO" - Tian Chua Bakal Di Hukum Penjara 3 Tahun

"Lahad Datu Sandiwara UMNO" - Tian Chua Bakal Di Hukum Penjara 3 Tahun

Written By Unknown on 30/11/2013 | 8:00 am




Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anggota Parlimen Batu Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan menghasut yang dihadapinya berhubung kenyataan beliau berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan itu selepas mendengar hujah peguam Amer Hamzah Arshad dan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan.
Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Sept lepas yang menolak permohonannya bagi membatalkan pertuduhan menghasut itu.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berdepan pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew, Kuala Lumpur pada kira-kira 11 pagi 1 Mac lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya, jika sabit kesalahan.
Pada 12 April lepas, Tian Chua memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya atas alasan pertuduhan itu tidak sah di sisi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Pada prosiding, Jumaat, Amer Hamzah berhujah bahawa berlaku pendakwaan terpilih terhadap Tian Chua kerana beliau adalah anggota parti pembangkang.
Sementara itu, Yusaini Amer pula berkata perkara itu bergantung kepada budi bicara Peguam Negara untuk mendakwa mana-mana individu berdasarkan bukti.
Di luar mahkamah, Amer Hamzah memaklumkan pihaknya akan mempertimbang sama ada untuk merayu atau tidak ke Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

foto ; snipper pengganas sulu..wanita..beberapa hari d kepung d kawasan paya yang luasnya 3 km radius..pukima# lu tian chua !! sandiwara ke ni..tuuuiHHH !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger