Home » » Konvensyen Haram DAP Memalukan !!

Konvensyen Haram DAP Memalukan !!

Written By Unknown on 15/11/2013 | 7:00 pm



DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.  Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6), konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Bagaimanapun, DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.  Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat  mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan. 

Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.

Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi.  Pun begitu, DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya. 

Sejak pemilihan awal pada Disember lalu, DAP terus mengalami pertikaian.  Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina, bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi.  Justeru, DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer. 

Namun, masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi.   Akibatnya, DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan ‘kehilangan’ lebih ramai lagi perwakilan.    

Walaupun tiada dari perwakilan yang ‘hilang’ itu membuat aduan, tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya. 

Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi.  Nampaknya, setelah begitu banyak  masa dan wang dihabiskan, pemilihan CEC masih juga belum muktamad. 

Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih, bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga? 

Seperti biasa, DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS.  Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan. 

Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah. 

Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan.  Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar, bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan, kesaksamaan dan ketelusan?  

Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng.  Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. 


Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapat menjadi kerajaan yang baik?  Logiknya, tempat samseng ialah di dalam penjara, bukan di atas takhta. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger