Walaupun sering menggunakan Islam dan imej
ustaz dan tok guru bagi menarik sokongan rakyat di kampung, namun pendekatan
kempen yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti
itu jelas bertentangan dengan ajaran agama. Bukan sekadar memburukkan antara
satu sama lain, namun ada di kalangan mereka sanggup menggunakan pendekatan
yang agak melampau bagi menarik sokongan perwakilan.
Media sebelum ini melaporkan tindakan
penyebaran satu poster yang bertujuan menghina calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi
Sharif yang digantikan dengan gambar anjing dan disifatkan sebagai penyokong
kumpulan Liberal.
“Jika anjing-anjing liberal ini berjaya
menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam
akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali. Mereka
akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP” kata salah seorang
penyokong parti itu dalam akaun Facebooknya.
Selain menghasut, pemilik akaun tersebut
turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada
golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas
khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.
“Golongan ini amat bimbang dengan
Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib
dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan sebelum
ini pula menyifatkan tindakan tersebut merupakan cara kempen dan perang saraf
yang keji bertaraf ‘macai’.
Tidak cukup dengan itu, di dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiayah Pas Perak yang diadakan baru-baru ini, seorang penceramah dikatakan telah menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Penceramah yang merupakan ahli
jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu
didakwa menghamburkan kata-kata berbaur hinaan yang tidak dibenarkan dalam
garis panduan menjelang muktamar PAS.
Jawatankuasa Pemilihan parti itu melalui
sidang akhbar yang diadakan sebelum mengatakan pihaknya telah mendapat aduan
dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi
kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa
yang sama menjatuhkan calon yang lain".
Selain daripada itu penyandang jawatan
Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dan
kurang senangnya berhubung cara dan kaedah kempen yang dijalankan pada
pemilihan kali ini.
''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas
iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''
Malah kenyataan itu turut disokong oleh
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad yang menegaskan wujudnya
budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan dengan
agenda tersirat untuk mengeluarkan parti itu dari pakatan pembangkang.
Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.
Kesimpulannya, semenjak bersetuju untuk
bersekongkol dengan DAP dan PKR, parti itu telah mula diresapi dengan pelbagai
elemen negatif. Tambahan pula rakan sekutunya DAP dan PKR memang sering
berdepan dengan masalah tiap kali tiba musim pemilihan. DAP dengan isu
pemilihan CECnya, manakala PKR dengan insiden gaduh dan baling kerusi.
Apa pun, terserahlah kepada 1,300
perwakilan parti itu yang akan membuat keputusan pada 22 November ini. Keputusan
yang akan dibuat pada tarikh tersebut bakal menentukan corak perjalanan politik
Pas selepas ini sama ada 'Berani Berubah' untuk menjadi sebuah
parti yang dominan atau 'Kekal' sebagai 'pak turut'.
Post a Comment