Home » » Kelantanku Sejahtera ; "SUK & Pegawai Kewangan Negeri Kebal..." - SPRM

Kelantanku Sejahtera ; "SUK & Pegawai Kewangan Negeri Kebal..." - SPRM

Written By Unknown on 07/11/2013 | 3:00 pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati kelemahan ketara dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan khususnya apabila Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Pegawai Kewangan Negeri "kebal" daripada sebarang tindakan Jemaah Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri.
Mengikut laporan Tahunan SPRM 2013 berdasarkan Peraturan 3 (1), Jemaah Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri tidak dapat melaksanakan prosedur tatatertib sekiranya pegawai tersebut terlibat dengan pelanggaran mana-mana peraturan tatatertib.

Malah SPRM juga mendapati penggunaan budi bicara yang kadang-kala  diamalkan apabila melibatkan tatatertib ke atas pengurusan tertinggi kerana tiada garis panduan yang jelas.
Selain itu, kerajaan negeri Kelantan dikatakan telah mengguna pakai  Peraturan-Peraturan Jemaah Tatatertib sejak 1974 tanpa melalui sebarang proses pindaan atau semakan.
Berdasarkan laporan tahunannya,  SPRM mengemukakan cadangan penambahbaikkan menangani kelemahan itu antaranya mewujudkan dasar yang jelas mengenai tiada pengecualian untuk tindakan ke atas semua anggota pengurusan kerajaan negeri.
Cadangan SPRM turut dipersetujui Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan  agar Peraturan-Peraturan Jemaah Tatatertib sejak 1974 disemak dan ditambah klausanya.
SPRM juga bertindak menyarankan garis panduan yang jelas berhubung pelaksanaan tugas jemaah pengurusan tertinggi supaya tiada lagi penggunaan budi bicara diamalkan.
Pemimpin kerajaan negeri Kelantan gagal dihubungi untuk mengulas perkara ini. sumber

foto hiase
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger