Telah dilaporkan bahawa Bridget Welsh iaitu seorang kolumnis
Malaysiakini yang kini menjadi Professor di sebuah Universiti di Singapura
pernah menghadiri Muktamar PAS ke-55. Bridget Welsh pernah menjadi
Professor di Universiti John Hopkins di mana Anwar pernah menjadi penyarah
jemputan atas bantuan sahabatnya Al-Gore dan John
Wolfowitz. Bridget Welsh juga menjadi Pengarah Malaysia Asia
Barometer yang bekerjasama dengan Merdeka Centre untuk menjalankan ‘kajian’
mengenai politik di Malaysia.
Bridget Welsh disyaki sebagai agen asing berdasarkan
latarbelakangnya sebagai konsultan di Freedom House iaitu antara rangkaian NED,
yang diterajui CIA.
Objektif Freedom House adalah untuk mewujudkan dunia yang
mengiktiraf kebebasan mutlak dengan mengambil Israel sebagai
contoh. Kebebasan ini merangkumi hak LGBT dan juga murtad iaitu dua
isu yang menjadi halangan terbesar di negara Islam, termasuk Malaysia. Seperti
yang dapat kita lihat hari ini, perjuangan kebebasan Freedom House ini kini
dipikul oleh COMANGO yang bertindak mendesak kerajaan di peringkat
antarabangsa.
Justeru, kehadiran Bridget Welsh di Muktamar PAS ke-55 dahulu
amatlah mencurigakan. Selepas Muktamar PAS ke-57 Bridget Welsh
dilaporkan membuat ulasan positif mengenai kemenangan Mat Sabu sebagai Naib
Presiden PAS. Beliau menyifatkannya sebagai kemenangan kumpulan
progresif yang akan mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Jelas di sini bahawa PAS telah lama menjadi perhatian
pihak asing dan pakatan PAS bersama DAP dan PKR merupakan satu
perkembangan yang sangat mengujakan bagi mereka. Kemasukan kumpulan
liberal iaitu Anwarinas ke dalam PAS serta kemenangan Mat Sabu yang menjadi
balaci DAP dilihat sebagai tanda ‘kemenangan pertama’ bagi mereka.
Dari sudut lain pula, ia merupakan kekalahan bagi PAS, dan
permulaan kemusnahan umat Islam.
Secara dasarnya, isu LGBT dan murtad yang diperjuangkan oleh
Freedom House melalui COMANGO hanyalah sebagai ‘alat’ untuk mencetuskan
ketidakstabilan di dalam negara Islam di mana ia dijadikan alasan untuk
menentang kerajaan dan memberontak. Manakala, matlamat utama adalah
untuk menjatuhkan kerajaan agar dapat digantikan dengan seorang pemimpin boneka
bagi membolehkan pihak asing menguasai ekonomi dunia.
Berdasarkan rekod, adalah lebih mudah untuk menjatuhkan sesebuah
negara Islam dengan menggunakan Islam sendiri. Untuk itu, pihak asing
menubuhkan pertubuhan yang menggunapakai nama Islam atau menyusup masuk ke
pertubuhan Islam sedia ada bagi mencetuskan kekeliruan, ketegangan dan
persengketaan sesama umat Islam dan juga terhadap kerajaan
mereka. Malang sekali kerana Ikhwanul Muslimin juga tidak terkecuali
dari menjadi permainan mereka.
Ini terbukti melalui penglibatan salah seorang ‘orang kuat’
Ikhwanul Muslimin, iaitu Youseff Nada, di mana beliau merupakan antara pencetus
Arab Spring. Youseff Nada turut mempunyai hubungan rapat dengan
Anwar Ibrahim dan dianggap oleh bekas banduan dan juga bekas Timbalan Perdana
Menteri itu, sebagai rakan keluarga. Seperti juga Anwar, Youseff
turut duduk atau terlibat bersama dalam rangkaian NED melalui IIIT, King Farouk
Foundation dan Foundation for the Future.
Bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai pergerakan Ikhwanul
Muslimin untuk dipergunakan sebagai pencetus pemberontakan terhadap
kerajaan. Percubaan memberontak melalui kumpulan liberal pula
nampaknya sukar dilakukan kerana kumpulan ini merupakan
minoriti. Walaupun percubaan terus dilakukan melalui COMANGO, namun
ia dijangka tidak mampu membawa kesan besar.
Justeru, tidak hairanlah apabila nama Hadi Awang tiba-tiba
dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin di peringkat tertinggi di mana beliau
dikatakan dilantik sebagai Setiausaha Agung pergerakan
itu. Berita ini disiarkan oleh akhbar Al-Wathan di Mesir.
Jika sebelum ini Hadi atau PAS cukup bangga jika dikaitkan dengan
sebarang pergerakan Islam di luar negara, tetapi kali ini Hadi nampaknya pantas
menepis dan menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut. Malah, Hadi
juga katanya sedang berkira-kira untuk menyaman akhbar
terbabit. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa respon Hadi Awang
menggambarkan yang beliau berada dalam keadaan bimbang dan takut.
Persoalannya, kenapa harus ada khabar angin
sebegitu? Siapa yang meniupkannya atau kenapa ia bertiup dikala
Muktamar hampir tiba?
Hadi Awang dan PAS secara keseluruhannya wajar melihat perkara ini
dengan lebih mendalam. Tanyalah pada diri sendiri, siapakah yang
mencaturkan PAS? Apakah hanya Anwarinas yang cuba mencaturkan PAS
dari dalam? Atau hanya DAP yang cuba mengarah-arah PAS dari luar?
Atau ada lagi tangan lain yang lebih besar yang cuba memperalatkan parti
itu?
Penulis melihat apa yang berlaku sebagai strategi pihak asing
untuk menggambarkan kewujudan rangkaian pergerakan Islam di negara ini yang
berpotensi memberontak pada suatu hari nanti. Memandangkan Malaysia
mengamalkan kesederhanaan di mana personaliti atau kumpulan yang ekstrem sukar
untuk dicari, maka nama Hadi Awang dan parti PAS diketengahkan sebagai pihak
yang berpotensi itu.
Umat Islam di Malaysia harus berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan
apa jua maklumat yang diterima akhir-akhir ini. Nampaknya, asakan pihak
asing untuk mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keharmonian negara serta
kedudukan agama Islam, semakin menjadi-jadi.
Muktamar PAS yang bakal menjelang dijadikan ‘tingkap’ bagi mereka
untuk mengintai dan mengatur apa yang boleh, untuk tujuan itu. Semua
ini boleh dilakukan kerana PAS memberi peluang kepada mereka untuk masuk ke
dalam, duduk bersama malah bergandingan tangan serta berpelukan mesra demi
untuk merampas Putrajaya.
Sudah tiba masanya PAS sedar dengan siapa mereka berpakat, dan
siapa atau apa yang mereka jemput untuk duduk bersama mereka. Kita
pasti, Hadi Awang dan segelintir pemimpin PAS yang bijak, telah sedikit demi
sedikit semakin menyedarinya.
Soalnya, sampai bila mereka akan terus bersekongkol dengan syaitan
semata-mata kerana ego, enggan mengaku tersilap di hadapan
UMNO? Atau apakah PAS sebenarnya telah membuat perjanjian besar
dengan syaitan dan tidak dapat melepaskan diri lagi?
Post a Comment