Berita penyokong dan petugas PAS mengganggu, cuba mencabul,
bertindak kasar atau menunjuk isyarat lucah kepada Wanita dan Puteri UMNO
bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah,
ia sudah menjadi budaya dalam pilihanraya di Malaysia di mana PAS akan
berkelakuan seperti masyarakat jahiliah, tiada adab, tiada akhlak dan tiada
maruah dalam keghairahan berkempen.
Yang berkelakuan tidak senonoh sebegitu pula kadangkala bukannya
anak-anak muda tetapi tua bangka, berjanggut dan berkopiah juga.
PRK Sungai Limau tidak terkecuali dari senario yang menjelikkan
ini di mana puak-puak PAS termasuk yang tua bangka mempermainkan Puteri UMNO
dengan menunjuk isyarat lucah sambil ketawa keseronokan.
Tidak cukup dengan itu, sekumpulan lain pula membaling batu bata
ke arah Wanita UMNO sehingga menyebabkan kecederaan.
Bagaikan beruk yang dirasuk hantu orang-orang PAS langsung tidak
merasa bersalah atau malu, malah gembira dan megah menunjukkan perangai buruk
mereka kepada dunia.
Apa yang menjadi tandatanya ialah kenapa lelaki-lelaki PAS ini
memilih untuk menyerang wanita? Jika
benar begitu gagah, kenapa tidak mencabar lelaki-lelaki UMNO? Kenapa hanya berani dengan
wanita?
Apakah dayusnya orang-orang PAS ini?
Hakikatnya, lelaki-lelaki PAS ramai yang dayus walaupun bukan
semua. Tidak percaya, cuba
dapatkan statistik berapa ramai dari mereka yang ke hulu ke hilir mengikut
ceramah PAS di seluruh pelusuk negara itu yang bekerja dan menanggung anak
isteri? Berapa ramai yang bergantung kepada pendapatan isteri yang
kebanyakannya pula, bekerja kerajaan? Berapa
ramai yang berkahwin dua atau lebih walaupun tidak mampu? Berapa ramai yang tidak
bertanggungjawab membantu dengan kerja rumah, membesarkan anak dan memberi
perhatian pada keluarga?
Kebanyakannya, diri sendiri juga tidak terurus jika tiada isteri
yang menguruskannya. Kebanyakannya
hanya tahu bergebang, bersembang, makan dan tidur menganga bila keletihan
sedangkan segala-gala yang lain, diletakkan di atas bahu isteri, iaitu
wanita.
Pun begitu, orang-orang PAS tidak tahu menghormati wanita. Sebuah keluarga PAS totok, akan
menyaksikan suami yang gemar menengking isteri di hadapan orang. Tidak ada istilah berbincang dengan
isteri atau meminta pandangan isteri, sepertimana Rasulullah SAW dengan
Saiyidatina Khatijah yang saling menghormati.
Bagi orang-orang PAS totok, wanita adalah alat semata-mata, sama
ada untuk keseronokan sendiri, untuk menjadi abdi menjaga makan minum dan pakai
mereka, atau pun untuk meraih undi politik.
Bagi orang-orang PAS, Wanita dan Puteri UMNO tentulah lebih rendah
darjatnya dari wanita mereka yang sedia dipandang rendah itu. Justeru itu, orang-orang PAS
menganggap gangguan mereka terhadap wanita dan puteri UMNO adalah wajar dan
tidak salah.
Dari satu segi, benarlah Puteri dan Wanita UMNO tidak setanding
wanita PAS. Ini kerana,
bukan sekali kita mendengar isteri orang PAS berzina dengan pemimpin PAS,
antaranya, di dalam keretapi dan juga di bilik hotel. Mungkin ‘kehebatan’ inilah
yang membuatkan orang-orang PAS melihat wanita mereka sebagai lebih ‘mulia’
dari wanita di dalam UMNO.
Benarlah kata orang, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang
baik dan begitu juga sebaliknya. Kedayusan
lelaki PAS mungkin berkait rapat dengan sikap wanita mereka juga, dan mungkin
juga tidak. Kita tidak
tahu. Apa yang kita tahu,
ibu lelaki PAS yang menunjuk isyarat lucah dan membaling batu kepada wanita
UMNO itu juga adalah wanita.
Justeru, sekiranya orang-orang PAS tidak menghormati wanita,
memandang rendah dan menganggap wanita sebagai objek, maka mereka sebenarnya
berbuat demikian terhadap ibu sendiri kerana ibu mereka juga wanita.
Jika orang-orang PAS menganggap ‘semua wanita’ itu sebagai manusia
kelas dua, bodoh dan perlu ditolak ketepi, maka mereka sebenarnya meletakkan
anggapan itu terhadap ibu masing-masing juga kerana ibu mereka juga termasuk
dalam kumpulan ‘semua wanita’.
Apapun, kita percaya bukan ibu orang-orang PAS yang mengajar
mereka untuk berkelakuan kurang ajar terhadap wanita.
Artikel ini mungkin dianggap oleh orang-orang PAS sebagai terlalu
kejam, tetapi kebenaran itu sememangnya menyakitkan - lebih sakit dari bata
yang dibaling terkena kepala.
Semoga mereka yang terlibat dapat bermusahabah diri dan belajar
menghormati wanita. Ingatlah
wanita juga manusia yang ada di antaranya jauh lebih bijak dari lelaki.
foto kat atas tu sekodar hiase..tuuuiHHH !!
Post a Comment