Dipercayai itulah yang ingin dinyatakan dalam iklan Samsung pada Billboard, merujuk pada pen Galaxy Note.
Tapi apa yang tertulis adalah ‘The PENIS, mightier than the finger’!
Kalau nak dikatakan tersilap, macam manalah kesilapan besar boleh berlaku melibatkan syarikat besar ini.
Lagi pula, iklan Billboard dengan tulisan sama dinaikkan di banyak negara termasuk Mesir, Pakistan, Kenya dan Perancis.
Jadi jawapannya adalah, sama ada orang yang bekerja dalam divisyen pemasaran di Samsung lemah Bahasa Inggeris atau ia sememangnya satu kesilapan yang disengajakan bagi mencetus minat orang ramai.
Sementara itu di Kenya, masyarakat sana yang berasakan Billboard ini tidak sesuai telah membuat laporan agar ia diturunkan dari Pusat Persidangan Antarabangsa Kenyatta (KICC).
Kami pasti, perkara sama akan berlaku jika ia dinaikkan di Malaysia yang bukan sahaja mempunyai banyak inspektor bahasa tetapi juga amat menjaga tata susila Timur.
Buat masa sekarang, pihak Samsung belum memberikan sebatang kenyataan berkaitan. – MyNewsHub
Post a Comment