Home » » Foto Pejabat Parti China Komunis Di Bom!!

Foto Pejabat Parti China Komunis Di Bom!!

Written By Unknown on 07/11/2013 | 9:30 pm

Bom

BEIJING – Seorang mangsa terbunuh manakala lapan lagi cedera semalam dalam satu siri letupan bom yang berlaku di luar ibu pejabat wilayah Parti Komunis di bandar Taiyuan, dekat utara China, kata para pegawai.

Bagaimanapun, para pegawai pemerintah tidak menyatakan sasaran serangan atau pelaku suspek yang melakukan serangan bom tersebut.

Media-media tempatan menyatakan letupan itu berlaku disebabkan beberapa bom buatan sendiri.

Siri letupan itu berlaku ketika kawalan keselamatan diketatkan ekoran satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta yang merempuh orang ramai di Pintu Dataran Tiananmen, Beijing.

Kejadian itu menyebabkan tiga orang penumpang kereta tersebut dan dua pejalan kaki terbunuh.

Beberapa pegawai keselamatan mendakwa, kejadian di dataran tersebut merupakan satu tindakan pengganas yang dilakukan oleh beberapa militan Islam dari barat China.

Bagaimanapun, letupan yang berlaku semalam itu kelihatan seperti dilakukan oleh beberapa warga China yang marah dengan pemerintah komunis di negara ini.

Sebelum ini, beberapa orang yang dipercayai marah kepada ketidakadilan yang berlaku di China telah meletupkan beberapa buah bas, menikam beberapa pegawai dan menyerang beberapa buah sekolah.

Pemerintah wilayah Shanxi dan polis berkata, letupan itu berlaku pada pukul 7.40 pagi waktu tempatan. – Agensi
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger