Home » » Foto ; " Kita Robohkan Bangunan Tambahan, Bukannya Berhala.." - Ku Nan

Foto ; " Kita Robohkan Bangunan Tambahan, Bukannya Berhala.." - Ku Nan

Written By Unknown on 13/11/2013 | 2:00 pm

Kita Roboh Bangunan Tambahan, Bukan Kuil!

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, DBKL tidak merobohkan kuil itu sepenuhnya hanya bangunan tambahan berkenaan yang dibina secara haram.

“Kita ikut SOP (Standard Operating Procedure). Kita tak usik berhala-berhala di dalam kuil itu. Malah kita mahu memperindahkan tempat sembahyang itu. Kita cuma tak mahu orang berniaga di situ,” katanya.

Malah dalam satu sidang media berasingan, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel mengesahkan tindakan DBKL tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.

Beliau mengesahkan kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.

“Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger