Home » » Foto Helikopter Terhempas Di Kawasan Rumah PSY-Gangnam !

Foto Helikopter Terhempas Di Kawasan Rumah PSY-Gangnam !

Written By Unknown on 17/11/2013 | 3:00 pm

Sebuah helikopter terhempas di daerah Gangnam di bandar raya ini semalam, menyebabkan dua juruterbangnya terbunuh.


Kejadian berlaku selepas kipas pesawat berkenaan terkena bahagian tepi sebuah apartmen mewah 38 tingkat.
Anggota bomba Cha Yang-oh memberitahu wartawan, helikopter milik syarikat LG itu jatuh di daerah Gangnam di tenggara Seoul ketika dalam penerbangan untuk mengangkut kakitangan syarikat sebelum berlepas ke sebuah bandar di selatan negara itu.


Menurut Cha, juruterbang Park In-kyu, 57 terselamat tetapi kemudian mati di hospital.




Pembantunya berusia 36 tahun mati di tempat kejadian.


Tidak ada penduduk apartmen itu, antara yang paling mahal di Korea cedera dalam nahas itu.


“Saya terdengar bunyi amat kuat ketika tidur. Saya meluru keluar. Bunyi letupan itu seperti letupan bom dalam peperangan,” kata seorang penghuni, Jeong Young-woo, 54.


Rakaman televisyen menunjukkan tingkap apartmen bahagian atas bangunan itu berkecai sementara helikopter berkenaan berkecai kecuali ekornya.


Menurut Cha, kawasan berkenaan berkabus ketika kejadian. Dia bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada kabus tebal menjadi punca kemalangan.


Gangnam ialah daerah ranggi di Korea dan menjadi terkenal kerana lagu ‘Gangnam Style’ yang dinyanyikan raper Korea Psy.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger