Ketika Tashi Sangmo berusia 17 tahun, dia dikahwinkan dengan seorang jirannya yang baru berumur 14 tahun, di sebuah kampung terpencil di Himalaya, Nepal. Sebagai sebahagian daripada perkahwinan itu , Sangmo juga bersetuju untuk berkahwin dengan adik lelaki suaminya.
Pada masa lalu , anak- anak lelaki dari setiap keluarga di wilayah Upper Dolpa berkahwin satu perempuan. Namun , kini amalan poliandri itu mulai terhakis sebab masyarakat di sana mulai terbuka pada kehidupan yang moden. Kini amalan yang sudah berlangsung seabad itu berlangsung hanya di kampung - kampung terpencil di Himalaya
. "Segala sesuatu lebih mudah dengan cara seperti ini kerana semuanya berada dalam satu keluarga. (Harta) tidak dibahagikan di antara banyak isteri dan di sini saya yang bertanggung jawab," kata Sangmo . " Dua lelaki beradik pulang membawa wang dan sayalah yang memutuskan bagaimana menggunakannya. "
Ketika Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu , sudah disepakati bahawa adik Mingmar , yang waktu itu berumur 14 tahun, bakal masuk dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Di dalam rumah tangga mereka , lahir tiga anak lelaki, masing- masing berusia lapan , enam, dan empat tahun. "Saya ingin berkongsi ikatan ini dengan adik kerana kehidupan menjadi lebih mudah bagi kami berdua ," kata Pasang ( 25) , di rumah keluarga mereka di Desa Simen , yang terletak di ketinggian 4,000 di atas permukaan laut dan diperlukan waktu lima hari berjalan kaki ke bandar .
Secara tradisional, warga Upper Dolpa merupakan sebahagian daripada kumpulan masyarakat yang membuka jalan antara Nepal dan Tibet. Saat ini mereka masih mengikuti tradisi menggiring yak yang membawa garam dari Tibet dan beras dari dataran Terai .
Dengan minimumnya sumber daya alam, masyarakat Upper Dolpa tidak mempunyai banyak harta . Namun , amalan poliandri itu boleh mencegah pembagian harta di antara keluarga . Persediaan makanan pun cukup untuk memenuhi keperluan keluarga . Sebahagian besar perkahwinan di kawasan itu sudah diatur keluarga .
Sebuah keluarganya yang memilih isteri untuk anak lelaki tertua mereka dan memberi kesempatan adik - adiknya untuk menikahi perempuan yang sama di kemudian hari. Dalam beberapa kes para isteri bahkan membantu merawat adik-adik suaminya, yang notabene calon suaminya juga, saat mereka masih kecil. Hubungan seksual antara mereka terjadi ketika para lelaki itu dianggap sudah cukup umur.
Post a Comment