Home » » BR1M 3.0 ; Permohonan Secara Online

BR1M 3.0 ; Permohonan Secara Online

Written By Unknown on 07/11/2013 | 10:00 am


Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. 

Buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.

Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.
Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.

Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.

Syarat-syarat Kelayakan Pemberian BR1M 2014:

Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Keatas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Caruman Takaful

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:

http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Penting : Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger