Home » , » Bisikan Iblis ; Video Ulama Pas Di Saran Tafsir Lagu Scorpion

Bisikan Iblis ; Video Ulama Pas Di Saran Tafsir Lagu Scorpion

Written By Unknown on 25/11/2013 | 11:30 am


Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Dr Muhaimin Sulam menyeru para pemimpin parti tersebut, khususnya golongan ulama untuk lebih berfikiran terbuka dalam isu kesenian bagi membolehkan parti Islam itu dilihat lebih inklusif.
Katanya, golongan itu harus mengenali dan mendampingi insan seni bagi membolehkan mereka lebih mengenali masyarakat.
“Orang PAS kena tahu beza ghazal, zapin dan sebagainya. Jangan hanya fikir warak, feqah, dan siasah syariah.
“Kita perlu tahu terma semasa supaya mengenali masyarakat, bukan hanya mengenali batang tubuh sendiri,” kata beliau dalam ucapan penggulungan lajnah tersebut di persidangan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.
Muhaimin yang tampil dengan imej rambut dan janggut panjang turut menarik perhatian perwakilan, yang kebanyakannya hadir dengan berjubah, apabila memetik bait-bait dari lagu kumpulan balada popular Jerman, Scorpions dalam ucapannya.
Petikan lirik lagu balada bertajuk Wind of Change tersebut bagi menguatkan saranannya agar golongan dalam PAS berani untuk berubah.
Beliau menonjolkan isu tersebut bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan penganjuran Program Karnival PAS For All selama tiga hari bermula hari Jumaat lalu.
Program tersebut dikritik kerana menampilkan persembahan kumpulan rock bersama artis yang kini bersama PAS – Sham Kamikaze dan Nazmi Karim. – Malaysiakini.com

-foto hiasan je atas tu


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger