Kemunculan Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menerusi hanya tiga babak ringkas dikatakan menerima bayaran mahal daripada pihak produksi MIG, David Teo.
Terdapat desas-desus mengatakan jumlah wang yang dibayar kepada Azhar Idrus ialah antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja dan bukan keseluruhan filem.
Bagaimanapun, David Teo yang ditemui dalam majlis pratonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang baru-baru ini enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth dan berharap ianya tidak dipertikaikan memandangkan peranan Azhar dalam filem tersebut memberi impak kepada jalan cerita.
“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.
“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya.”
sumber
Aakj ; takut orang tau 'harga seorang ustak' ke kah kah kah..rupenyerr ada managerr dah sejak-sejak sohor nih huhu..gilo habis rakyat Malaysia..ambo takut..sikit lagi kata bayaran untuk berlakon camtu je yang halal..berlakun pesen lain haremmm hahahaha..minta Alllah jauhkan dari d sesatkan oleh manusia yang guna Islam untuk kembongkan poket sendiri !! amiiinnn
Post a Comment