Seorang lelaki yang ditahan pihak berkuasa kerana berbogel di tempat awam memberikan alasan tidak logik apabila memberitahu sedang mengeringkan kemaluannya.
William Gibson, 50, menangkap perhatian awam apabila menanggalkan jean dan seluar dalam yang dipakainya sebelum menunjukkan kemaluan di luar sebuah kedai.
Perbuatannya itu kemudian dilaporkan kepada pihak yang segera datang dan menahannya.
“Selepas mendakwa dia sedang mengeringkan kemaluan, dia memasukkan jari ke dalam seluar dalam lalu menarik semula jari sambil menciumnya,” ujar pegawai polis yang menahan Gibson kepada laman TCPalm.com.
Insiden ini berlaku di Persiaran Pantai Jensen, Florida, Amerika Syarikat.
Sudah tentu, pihak polis tidak mempercayai alasan tidak munasabah Gibson dan dia kini masih dalam tahanan polis.
Sumber: METRO UK
Lelaki maut tergantung atas pokok
-
Lelaki maut tergantung atas pokok SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas
ditemui tergantung atas pokok di tepi halaman rumahnya dalam kejadian di
Ban 3, ...
3 hours ago
Post a Comment