Pertemuan yang dinanti-nantikan selama 30 tahun akhirnya dapat dilaksanakan oleh pesara guru, Kamar Mahtum apabila dia dipertemukan dengan Siti Aishah Wahab di satu lokasi rahsia di London.
Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan pertemuan diantara Kamar dan mangsa hamba domestik, Siti Aishah Wahab.
Kamar tiba di London untuk bertemu adiknya yang menghubungi keluarganya buat kali terakhir pada 1980, sebelum memutuskan hubungan mereka.
Difahamkan hubungan Aishah dengan keluarganya terjejas kerana penglibatannya dengan kumpulan Maoist yang diketuai oleh warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.
Kamar dilaporkan memberikan sejadah kepada Siti Aishah seperti yang dimintanya dalam surat kepada keluarganya di Malaysia. – mstar online

Post a Comment