Home » » "40,000 Pangundi Bangla" ; Anwar Nafikan Beliau Yang Tuduh BN !!

"40,000 Pangundi Bangla" ; Anwar Nafikan Beliau Yang Tuduh BN !!

Written By Unknown on 20/11/2013 | 6:00 pm




Anwar Ibrahim berkata, pihaknya atau mana-mana pemimpin pembangkang tidak pernah membuat dakwaan bahawa wujud hampir 40,000 pengundi hantu warganegara Bangladesh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

Kenyataan mengejut dan boleh ditafsir sebagai penipuan terdesak itu dibuat Anwar dalam satu sidang media sebentar tadi.

Beliau sebaliknya mendakwa isu pengundi Bangladesh adalah mainan penulis-penulis blog Barisan Nasional (BN).

Sedangkan yang diketahui umum, dari awal portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider yang menghangatkan penipuan berkenaan dengan bantuan cybertropers Red Bean Army milik DAP yang mengerakkan kempen penipuan itu di media sosial seperti Facebook.

Serangan secara tersusun dan serentak antara Red Bean Army dan portal-portal pro mereka telah menyebabkan rakyat tertipu ketika PRU-13 berlangsung.

Selepas PRU-13, sehingga kini, pembangkang dan portal-portal berkenaan masih belum mengemukakan sebarang bukti kukuh mengenai kewujudan kumpulan pengundi berkenaan walaupun digesakan untuk berbuat demikian berkali-kali.

Malah, beberapa dakwaan lain seperti kejadian blackout di pusat penjumlahan dan peti undi dibuang daripada helikopter juga disahkan penipuan yang dirancang.




Gambar-gambar berkenaan dan video-video yang dikeluarkan semasa PRU-13 terbukti merupakan lakonan dan ada yang dimanipulasi kerana kejadian asal melibatkan perkara lain.

Penafian Anwar hari ini adalah kemuncak kepada kegagalan untuk membuktikan semua dakwaan yang dibuat pihak beliau.

Cubaan meletakan kesalahan itu dibahu penulis blog pro BN adalah sesuatu yang seharusnya dinilai sebagai memalukan untuk datang dari seorang ketua pembangkang yang begitu senior dalam politik.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger