KALAU dah nekad nak buat jahat, takbir hari raya pun tak mampu nak lembutkan hati.
Itulah yang dapat dirumuskan daripada perlakuan dua lelaki dalam video ini. Mana tidaknya, mereka buat kerja jahat ketika takbir raya sempena Aidiladha sedang dialunkan di masjid-masjid selepas solat maghrib, 14 Oktober lalu.
Dalam video yang dirakamkan di kedai telefon bimbit Stanley Tele & Svc yang terletak di Berek 12 Jalan Hospital, Kota Bharu, kelantan ini, dua lelaki memakai baju biru dan hitam pada mulanya dilihat masuk bersama-sama ke kedai berkenaan.
Bagaimanapun hanya lelaki berbaju biru yang kelihatan berminat dan bertanya tentang telefon bimbit manakala yang seorang lagi, hanya datang kemduian dan menunjukkan model telefon bimbit tertentu sebelum beredar.
Tidak lama selepas itu. seorang pelanggan lain tiba sementara lelaki bebaju biru masih membelek-belek dan bertanya tentang telefo bimbit di tangannya.
Tiba-tiba, dia berpura-pura berpaling menoleh ke arah rakannya yang sudah keluar sebelum cabut lari sekuat hati. Pekerja kedai kelihatan mengejar namun masuk semula dengan muka hampa.
Mungkin lelaki berbaju biru itu gembira sambut raya dengan telefon bimbit baru yang diciloknya, namun rakaman video wajahnya sudah pun tersebar. Harap-harap dia segera taubat dan tidak mengulangi perbuatan keji ini lagi. – mynewshub
Post a Comment