Home » » Tembak Mati Pegawai AMBank ; Lesen Syarikat Keselamatan Di Batalkan Hari Ini, Rayuan Di Tolak !!

Tembak Mati Pegawai AMBank ; Lesen Syarikat Keselamatan Di Batalkan Hari Ini, Rayuan Di Tolak !!

Written By Unknown on 30/10/2013 | 8:30 pm

Kes Ambank: Suspek Larikan RM450,000


LESEN syarikat kawalan keselamatan Prima Security, iaitu majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral 24 Oktober lepas dibatalkan mulai hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian kepada Agendanews dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak rayuan mereka.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di USJ Sentral, Subang Jaya.

Selepas ditembak, pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger