Home » » Sorok Gula ; 2 Di Tahan Di Putrajaya

Sorok Gula ; 2 Di Tahan Di Putrajaya

Written By Unknown on 26/10/2013 | 9:59 pm

Sorok Gula Di Putrajaya - Dua Ditahan!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan dua peniaga yang cuba menyorok gula di premis perniagaan mereka di Putrajaya malam tadi.
Menterinya Datuk Hasan Malek berkata mereka ditahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Peruncitan 2011 kerana menyorok gula dengan niat untuk menjual pada harga yang tinggi.
Mereka cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tinggi berikutan pengumuman pemansuhan subsidi gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, katanya kepada pemberita pada program “Jom Check Motor” di Taman Mahsuri, Sungai Limau Dalam.
Gula yang sebelum ini berharga RM2.50 sekilo naik sebanyak 34 sen berkuatkuasa hari ini berikutan penarikan balik subsidi oleh kerajaan.
Hasan berkata dengan penjimatan sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta pada tahun depan berikutan penarikan subsidi gula itu, kerajaan dapat menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, termasuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ditanya mengenai kemungkinan kenaikan harga kuih dan produk berasaskan gula di pasaran, katanya pengusaha makanan perlu mengurangkan penggunaan gula dalam makanan, yang akan dapat membantu kerajaan merealisasikan hasrat mengurangkan kadar kematian disebabkan diabetes.
Katanya peniaga makanan tidak boleh menaikkan harga sesuka hati. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger