Home » » Selangorku Sayang ; Pusat Pelacuran Di Serbu Kali Ke-5...Parti PAS Memang Celaka !!

Selangorku Sayang ; Pusat Pelacuran Di Serbu Kali Ke-5...Parti PAS Memang Celaka !!

Written By Unknown on 21/10/2013 | 1:00 pm

Sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor yang diserbu buat kali kelima dalam tahun ini masih berdegil dengan menjalankan operasi berikutan mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang gilakan layanan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam.
Difahamkan, pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu hanya menggajikan pelayan pelanggan Vietnam berikutan perwatakan mereka yang lebih manja dengan pelanggan.

Ketika diserbu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira jam 10 malam kelmarin semua wanita warga asing itu bertempiaran lari manakala penjaganya pula sanggup meninggalkan premis gara-gara takut dicekup polis.
Bagaimanapun, hasil tindakan pantas polis, 14 GRO warga Vietnam dan seorang penjaga berusia 30 tahun itu berjaya dicekup.

Pegawai Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, ketika diserbu semua wanita itu sedang leka melayan pelanggan.

“Pemeriksaan mendapati hanya seorang daripada 14 wanita itu yang memiliki pas lawatan sosial manakala selebihnya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Foto
PELAYAN warga Vietnam ditahan untuk dibawa ke balai polis.
“Mereka dipercayai melayan pelanggan pada tip serendah RM30 sejam dan belian kalungan bunga yang dipercayai dibekalkan ejen sindiket pelacuran,” katanya.

metro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger