Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.
Katanya, tindakan itu diambil ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti itu yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.
Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).
Malah, Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 3 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron.
Perkara itu dinyatakan Leong San ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob atas ucapan perasmian pembukaan persidangan kedua penggal pertama DUN.
Selain itu, Leong San turut menyifatkan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.
Katanya, Idris amat komited untuk membawa pentadbiran kerajaan negeri Melaka ke satu era yang lebih demokratik dan adil.
Tambahnya lagi, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju
mynewshub
Post a Comment