Opera Cina DAP terus ditayangkan ke seluruh negara dengan skrip
dan lakonan yang sama walaupun ia dihentam hebat sebagai tidak
berkualiti.
Dengan membawa cerita yang sama, DAP berharap akan dapat menipu
rakyat Sarawak pula melalui tajuk baru iaitu ‘Impian Sarawak’. Kononnya, DAP bakal menjadi
penyelamat, pemangkin perubahan dan pemimpin yang bakal membawa Sarawak ke arah
kecemerlangan. Kononnya, DAPlah yang akan menamatkan segala
kemiskinan dan kesusahan rakyat terutama masyarakat bumiputera di sana.
Namun, sepertimana namanya iaitu ‘impian’ maka rakyat Sarawak
tidak harus mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar ‘mimpi’
semata-mata.
Inilah diingatkan bahawa rakyat Pulau Pinang juga kini hidup
dalam mimpi ngeri di bawah pemerintahan DAP.
DAP telah mendiskriminasi, meminggir dan menindas kaum Melayu
dan India di Pulau Pinang secara sistematik lagi halus. Sejurus selepas parti itu mendapat
kuasa, kita melihat bagaimana harga hartanah meningkat mendadak, tanah-tanah
orang Melayu dan India yang berpotensi dirampas untuk dimajukan sekali gus
menafikan hak ke atas penduduk asal. Kaum
Melayu dan India dihimpit perlahan-lahan ke pinggiran pulau dan ke tanah besar.
Peniaga Melayu dan India pula ditekan menggunakan alasan
undang-undang tetapi peniaga Cina diberi kelonggaran dan bantuan bagi
‘melepaskan’ mereka dari tekanan undang-undang.
Sarawak merupakan negeri yang memiliki sumber yang banyak. Hutan-hutan Sarawak yang luas
merupakan impian Cina-cina DAP untuk dibaham serakusnya. Kita pasti, sekiranya DAP memerintah
Sarawak maka hutan-hutan ini akan ditarah semahu-mahunya serta dikomersialkan
di mana akhirnya akan menyebabkan penduduk asal negeri itu terpinggir lebih
jauh ke dalam hutan.
DAP juga sudah diketahui amat ‘anti’ dengan sebarang bentuk
bantuan terhadap bumiputera. Dan bukan kita tidak tahu bahawa DAP
menjadikan penghapusan hak istimewa bumiputera sebagai tonggak perjuangan
mereka.
Justeru, apakah ada yang benar-benar percaya yang DAP akan
membantu masyarakat bumiputera Sarawak?
DAP sebaliknya menganggap masyarakat bumiputera sebagai beban
dan perlu dinyahkan sahaja dari gambaran perancangan mereka untuk
Sarawak. Ini bukanlah
kenyataan yang tidak berasas tetapi bersandarkan prinsip perjuangan DAP yang
jelas, yang menolak DEB dan sebarang polisi yang menyerupainya.
Hakikatnya, ‘Impian Sarawak’ sebenarnya adalah impian DAP untuk
meluaskan kuasa, sekali gus merampas tampuk pemerintahan negara. Tidak lebih dari itu. DAP tidak pernah prihatin dengan
rakyat Sarawak, melainkan tauke-tauke Cina yang mampu mengkayakan lagi kaum
mereka.
Hari ini, Pulau Pinang telah pun memperlihatkan apa yang ‘kuasa’
itu telah lakukan terhadap rakyatnya, dan Sarawak tidak perlulah melakukan
kesilapan yang sama.
Ingatlah, sekali Sarawak jatuh ke tangan mereka yang tamak,
penipu, rasis, khianat dan chauvinis itu, bermakna hancurlah segala impian
masyarakat bumiputera di situ.
Post a Comment