Home »
Politik
» #PRKSgLimau ; PAS Menjangka Bahawa Undi Cina Akan Hilang Apabila Hari Isnin Tidak Cuti.
#PRKSgLimau ; PAS Menjangka Bahawa Undi Cina Akan Hilang Apabila Hari Isnin Tidak Cuti.
Apabila Barisan Nasional (BN) sedang berusaha untuk memenangi undi Melayu yang telah mengundi PAS pada Pilihanraya Umum 5 May yang lepas, supaya mereka bertukar fikiran dan berhijrah kepada BN. PAS pula sedang bertungkus lumus kerana pengaruh mereka terhadap orang Cina semakin lama semakin terhakis. Walaupun hanya 1,842 pengundi berbangsa Cina, PAS tidak akan mempunyai jumlah undi yang singnifikan untuk mengekalkan penguasaan mereka di dalam kerusi Sungai Limau jika sebahagian daripada pengundi tersebut berhijrah kepada BN atau tidak hadir semasa hari pengundian. Peperangan kawasan antara BN dan PAS dari Sungai Limau telah meningkat untuk hari ke-enam kempen dari kedua-dua belah pihak.
Di dalam satu poster di Kampung Sedaka, PAS telah mula menunjukkan kehadiran mereka dan mula menggantung bendera dan poster sebanyak mungkin. Ada insiden yang dilaporkan bahawa sesetengah penyokong PAS menurunkan bendera dan banner BN dan menggantikannya dengan bendera PAS. Di dalam peperangan untuk menawan hati 27,222 pengundi, PAS sedang berusaha untuk memegang kesetiaan para penyokong terdahulu kerana mereka kurang diterima oleh golongan muda di sini. Ia terserlah apabila program seperti ceramah dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka, tiada golongan muda yang hadir dalam jumlah yang signifikan. Yang ada hanyalah pengundi veteran dan juga golongan remaja yang belum boleh mengundi. Sedang PAS kehilangan jumlah pengundi muda, mereka masih lagi menagih undi dari kaum Cina di Kedah. Loh Choon Hong, 36, seorang peniaga kedai runcit di Sungai Limau Dalam mengatakan bahawa dia tidak pastu bahawa pengundi Cina akan memberikan sokongan 100% kepada parti Islam tersebut.
Menurut katanya lagi pengundi Cina yang sudah berumur lebih cenderung untuk mengundi BN dan hanya undi golongan muda sahaja bersama PAS. Ini adalah kerana para pengundi muda telah terdedah dengan internet dimana minda mereka adalah lebih kepada isu nasional dan bukannya hal-hal tempatan. Loh juga menambah, bahawa orang seperti beliau hanya mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan supaya mereka boleh berniaga dan menjalankan kehidupan seperti biasa.
Jumlah pengudi Cina di kawasan Sungai Limau dan Sungai Limau Dalam, dimana para pengundi muda Cina pula bekerja di kawasan Gurun, Sungai Petani dan Kulim. ADUN Dap untuk Kota Darul Aman Teoh Boon Kok, yang sedang bergiat menjalankan kempen untuk PAS di Pekan Sungai Limau menyatakan bahawa cabaran utama mereka adalah untuk memastikan pengundi muda Cina boleh mengambil cuti dan pulang untuk mengundi pada pilihanraya 4 May nanti. Katanya lagi, jumlah pengundi akan berubah secara mendadak dan sekiranya mereka tidak boleh datang mengundi ia akan menjadikan jumlah undi PAS berkurangan. Ia adalah satu cabaran bagi kami untuk memastikan mereka kembali dan segala macam masalah pengangkutan yang mereka akan alami semasa hari mengundi.
Menurut Teoh lagi, kebanyakkan daripada pengundi Cina bekerja di kilang dan menaiki bas, ia menjadi cabaran besar kerana bas kilang tidak akan menghantar mereka ke pusat mengundi. DAP akan mencari jalan yang mudah untuk mereka balik dan mengundi. PAS sudahpun kehilangan pengundi Melayu dan sekiranya mereka tidak dapat memastikan kehadiran penyokong mereka dari kaum Cina, maka kerusi Sungai Limau akan terlepas dari gengaman mereka.
Isunya adalah kerana kekurangan pengundi Cina di Sungai Limau yang menjadi cabaran besar untuk PAS mengumpul kekuatan di dalam pilihanraya kecil pada kali ini. Senario terkini, BN tampak lebih berkeyakinan untuk memenangi kerusi tersebut berbanding PAS yang bersusah payah untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau di dalam gengaman mereka.
Post a Comment