Home » » #PRKSgLimau ; Pas Memang Celaka, Isu Susu Tamat Tempoh Di Jadikan Modal Kempen !! tuuuiHH !!

#PRKSgLimau ; Pas Memang Celaka, Isu Susu Tamat Tempoh Di Jadikan Modal Kempen !! tuuuiHH !!

Written By Unknown on 29/10/2013 | 9:36 pm




Kenyataan Akhbar 
YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim 
Ketua Umno Bahagian Baling merangkap 
Ahli Parlimen kawasan Baling 


- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian
Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu
dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari
pengundian pada 4 November ini.

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen
kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja
tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh.

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang
mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media
pembangkang, Harakahdaily.

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak
ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’
menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham
Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan
kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan.

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati
berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong
calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut.

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang
saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2014 semalam, berhubung
sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar
memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik.

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya
mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan
pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang
perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger