Home » » #PRKSgLimau ; Kolej KUIN Daki Pas Kedah !!

#PRKSgLimau ; Kolej KUIN Daki Pas Kedah !!

Written By Unknown on 24/10/2013 | 7:00 pm


PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung pada 4 November ini dengan Barisan Nasional (BN) menampilkan bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calon untuk mencabar Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat, 37, yang juga bekas Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Agama An-Nahdhah, Bukit Besar.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. Dalam PRU-13, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau untuk penggal kelima selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk daripada sepupu beliau Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN.
Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi dengan 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).
PRK ini ujian pertama Datuk Mukhriz Mahathir sejak dilantik sebagai Menteri Besar pasca PRU-13. Tidak kurang juga ujian sulung bagi Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar. Oleh itu banyak pihak percaya isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mempengaruhi keputusan PRK itu nanti bergantung kepada bagaimana BN atau PAS memanipulasi isu berkenaan bagi meraih sokongan pengundi. Isu lain seperti balak tidak pernah memberi kesan kepada PAS semasa memerintah dulu.
KUIN adalah ‘projek emas’ Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azizan. Bekas Menteri Besar itu memberikan tumpuan dan mengambil berat pembangunan institut pengajian tinggi itu umpama menatang minyak yang penuh. 
Banyak keputusan penting dibuat Allahyarham secara langsung berkaitan kolej universiti itu selama menerajui Kedah sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kakitangannya, namun tindakannya itu seperti yang diketahui banyak pihak di negeri berkenaan kerana Azizan amat cinta dan sayangkan kolej itu.
Kemelut arahan berpindah balik dari Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil ke kampus asal di Stargate dan Mergong, Alor Setar sebaik saja BN merampas kembali pemerintahan di negeri itu menimbulkan kemarahan kakitangan dan ahli PAS di negeri itu. Kampus induk berkenaan bernilai RM330 juta dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Januari lalu.
Memang banyak kepincangan dalam pentadbiran KUIN yang dianggap kesan terlalu banyak campur tangan Pejabat Menteri Besar ketika itu. 
Isu pembangunan, kontrak, prasarana dan bermacam isu lain mencemar nama kolej berkenaan yang diasaskan atas nama pendidikan tinggi Islam. Namun Mukhriz enggan mendedahkan segala-galanya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Sikap Mukhriz itu amat disenangi banyak pihak yang disifatkan satu pendekatan luar jangka khususnya di kalangan ahli PAS. Sebagai peneraju negeri, beliau ada banyak sebab munasabah untuk bertindak demikian.
Masalah berbangkit atau sebarang kemelut pentadbiran dan pengurusan KUIN mesti diselesaikan Mukhriz. Dengan cara itu akan banyak memberi ruang kepada rakyat Kedah melihat sememangnya Menteri Besar berkenaan mengutamakan rakyat dengan bersungguh-sungguh memuktamadkan segala ‘penyakit’ yang umpama duri dalam daging bagi kolej universiti tersebut.
Bagi PAS pula, pusat pengajian tinggi Islam itu sememangnya sesuatu yang amat berharga bagi mereka. Parti pembangkang tersebut dijangka membangkitkan semula keperitan membina KUIN dengan duit kerajaan negeri tanpa bantuan pusat dan akhirnya ‘dirampas’ BN sebaik saja mentadbir Kedah. 
Pas cuba guna arahan kembali ke Mergong, kampus lama juga disifatkan seolah-olah Mukhriz tidak menghargai aset pendidikan negeri. Pas cuba tutup bangkai kenapa Kampus KUIN itu rugi..secara matematiknya..Kos Pentadbiran melebihi pendapatan atau secara mudah, jumlah pelajar yang mendaftar d situ terlalu sedikit dan untuk capai titik pulang modal pun amat sukar !
Mukhriz nampak jelas lebih bijak untuk mengurus hal ehwal kewangan negeri, segala taik yang Pas tinggalkan terpaksa beliau cuci..Pas cuba hilangkan bau bangkai ini !!
Pas tidak perlu nak tunjuk megah dan bongkak, lihat saja Kelantan, apa yang Kerajaan BN Kelantan buat untuk negeri itu..sama..sebaik saja siap prasarana penting..BN kalah hingga ke hari ini..



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger