Home » » #PRKSgLimau ; Duit Tabung Pas Pokok Sena Hilang?!!

#PRKSgLimau ; Duit Tabung Pas Pokok Sena Hilang?!!

Written By Unknown on 31/10/2013 | 8:30 pm



“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum (MDU) yang    sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulama yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan     dan mampu menangani pemasalahan ummah dan negara,” Ustaz Fadhil Noor, Pengasas MDU.

Namun, kini MDU (dikenali dengan nama baru KIDU) yang diasaskan sejak 1995 itu dalam keadaan yang tidak terurus dan agak daif. 


Beginilah keadaan bilik imam di Masjid KIDU yang dalam keadaan yang amat menyedihkan. Difahamkan seorang pelajar akan membayar sejumlah RM600 untuk masuk ke KIDU pada awal pendaftaran. Kemudian bayaran RM200 untuk setiap bulan. Ke manakah wang ini digunakan?


Syiling masjid yang runtuh dan tidak digantikan. Mengapa dibiarkan syiling ini jadi begini? Bukan sahaja bayaran RM200 setiap bulan yang terpaksa dibayar oleh 600 orang pelajar di situ, tetapi kutipan derma juga dibuat untuk mengisi tabung pihak Kolej. Jumlah kutipan yuran untuk sebulan sahaja adalah berjumlah RM120,000. 


Jika dijumlah semua sekali wang yang dianggar diterima KIDU adalah seperti berikut :

a) Yuran awal tahunan RM600 x 600 orang = RM360,000
b) Yuran bulanan RM200 x 600 orang x 12  = RM1,440,000
c) Anggaran derma setahun                         = RM1,000,000

Jumlah besar                                               = RM2.8 juta

Ini adalah anggaran pendapatan KIDU untuk setahun yang hanya diperolehi melalui kantung KIDU dan sumbangan derma sahaja. Sumbangan derma untuk setahun adalah dianggar sejuta setahun berdasarkan reputasi kolej tersebut sebagai kolej utama PAS di Malaysia. 

Dalam kompleks KIDU terletak sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU).

Baca seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger