Calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat menafikan dakwaan beliau berkempen menggunakan imej bekas pemimpin berwibawa parti itu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi memenangi pilihan raya kecil berkenaan.
Sebaliknya, kata Mohd Azam, beliau hanya memperjuangkan politik ‘keharmonian’ yang diamalkan Azizan serta beberapa pemimpin parti itu di kawasan tersebut sebelum ini.
Beliau memberitahu sidang berita di sini hari ini, politik keharmonian yang dipegang Azizan, yang merupakan Adun Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995 sehingga kematiannya pada 26 Sept lepas, menjadi faktor Allahyarham dihormati kawan dan lawan.
Isu ini timbul apabila Mohd Azam didakwa cuba berkongsi populariti Azizan apabila sering diperkenalkan sebagai anak didik bekas menteri besar Kedah.
“Jadi kaedah ini bukan dimulakan oleh Ustaz Azizan… tetapi merupakan amalan dan warisan PAS di sini semenjak dahulu. (Ini kerana) realiti masyarakat Sungai Limau, walaupun berbeza fahaman politik, masih kukuh tali persaudaraan,” katanya.
Mengenai fokus kempen, Mohd Azam berkata antara isu yang akan diperjuangkannya ialah agenda pendidikan serta keperluan infrastruktur di kawasan itu.
Pilihan raya kecil pada 4 Nov ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Dr Ahmad Suhaimi Lazim dan Mohd Azam.
Aakj ; mengaku tak tumpang imej tapi mengaku tumpang 'gaya politik arwah" !! ada beza kat mana ni..ambo tak berapa ceroh wehh..kat atas tu poster apa? bukan tumpang ke tu?
Klik d SINI untuk cerita tentang poster 'tumpang' d atas !
Post a Comment