BANGKIT SEGERA !!
Ambo lihat Barisan Nasional ada peluang besar untuk menawan kembali kerusi DUN Sg Limau ini yang kononnya begitu kuat sejak 1995..kononnya kerana nama gah arwah bekas Menteri Besar Kedah, Azizan yang dari dulu begitu hebat d canang d sini...rupanya bila d lihat secara dekat dan dari info tempatan..BN kalah d sini bukan kerana Pas kuat atau nama Arwan Azizan hebat..BN yang lemah..tertipu dengan propaganda Pas selama ini !!
Apa yang ambo dengar..jentera UMNO BN d sini juga selalu d pinggirkan sejak sekian lama kerana terpengaruh kononnya Dun Sg Limau BN takkan menang sampai bila-bila..tapi kali ini sudah ada isyarat d hantar oleh pengundi samada yang atas pagar, pengundi muda maupun ahli Pas yang sudah muak kononnya arwah Azizan cakna pengundi..semuanya hanya satu PENIPUAN dakwa mereka.
"..kalau arwah seorang yang perihatin..semasa beliau sihat..malah ketika beliau mula-mula menjadi Menteri Besar..kenapa jalan kampung rosak teruk tidak d baiki..kenapa surau dan masjid d abaikan begitu saja dan hanya pondok-pondok agama tertentu sahaja yang dapat perhatian.." - pengundi Dun Sg Limau.
"..janganlah guna sentimen kebaikan beliau selepas beliau meninggal dunia..ketika hidup pun ada pemimpin pas caci dan maki beliau tak pandai urus negeri..kenapa nak hipokrit dan akhirnya jentera BN termakan dengan momokan ini.." - sambung beliau lagi.
Bagi ambo..inilah masanya pemimpin BN wajib bergabung dan dengar denyut keluhan rakyat..selesaikan segera dengan kuasa yang kita ada.
Datuk Mukhriz sebagai Menteri Besar..boleh luluskan segera apa yang ada dalam lingkungan kuasa beliau, biar rakyat d Dun ini menilai sendiri kecekapan dan betapa seriusnya Menteri Besar yang baru ini terhadap masalah rakyat.
Datuk Shafie Afdal boleh membantu melalui kementerian beliau..banyak jalan yang rosak ketika hidup Azizan pun tidak d endahkan..kini bila BN d beri amanah..tunjukkan pada seluruh rakyat Malaysia bahawa BN tidak pernah pinggirkan mereka.
Datuk Jamil Khir mampu selesaikan masalah kerosakan surau dan masjid yang sudah kronik rosaknya..hulurkan peruntukan segera..takkan kita nak biarkan tohmahan arwah Azizan bahawa Kerajaan Pusat yang tidak salurkan bantuan pada masjid dan surau maka kita kerajaan negeri tak mampu baiki..
Datuk Ismail Sabri mampu dekati dan selesaikan masalah petani dan nelayan yang d abaikan oleh arwah azizan selama ini..apakah tugas Adun hanya menyalahkan Kerajaan Pusat demi untuk tidak bantu penduduk d kawasannya sendiri? Apa yang Adun buat selama ini? kumpul harta dan tambah isteri? Kalau dah tahu tak mampu..jangan salahkan orang lain..d mana d salurkan peruntukan untuk Adun selama ini? yang ambo dapat tahu..markaz Pas banyak yang d bina..d jaga..surau dan masjid d abaikan !!
Agensi-agensi pusat dan negeri boleh bergabung juga..yang tak sedap dengar..betul ke ramai sangat PARASIT dalam agensi kerajaan negeri hinggakan susah Menteri Besar BN nak buat kerja..banyak halangan yang d cipta..supaya rakyat jadi benci pada Menteri Besar BN yang baru ni?
Mukhriz wajid bertindak tegas..no more play safe sebelum terlambat..imej Hero Rakyat arwah Azizan hanya momokan saja..kalau tak..masakan ada pemimpin Pas Kedah terang-terang minta Arwah undur..
Kepada Ketua PDM, ketua cawangan dan ketua sayap yang d pilih baru-baru ini..bangkitlah..inilah peluang anda tunjukkan pada rakyat d sini BN lebih baik dan buktikan UMNO kekal relevan !!
Post a Comment