Khabarnya kem jentera PAS kecoh hari ini. Mahfuz Omar naik minyak ianya berkenaan isu pertindihan gambar atau gambar superimposed yang telah didedahkan oleh SINAR HARIAN dua hari sudah. akhirnya Mahfuz Omar tahu dah siapa yang telah menyebabkan PAS malu besar kerana dibuktikan sebagai PENIPU.
Dua mahluk yang menjadi mangsa naik angin adalah FIRDAUS JAAFAR, bekas Ahli Parlimen Jerai dan salah seorang daripada penama untuk dicalonkan sebagai calon PAS di DUN Sungai Limau sebelum ini. Seorang lagi adalah ROSLIZAN ZAKARIA.
Firdaus Jaafar pada mulanya cuba menafikan penglibatannya. Malah, enggan mengaku terlibat dalam perbuatan penipuan tersebut. Namun setelah diasak, akhirnya dia terpaksa akur dan mengaku bahawa dialah dalang yang telah mengerahkan pereka grafik agar membuat gambar tipu itu. Kesemua yang hadir telah berjarya menunjukkan bukti bahawa Firdaus yang telah mengeluarkan arahan kepada pereka grafik untuk melakukan pertindihan gambar.
Sebelum itu, Firdaus Jaafar telah menuduh kelalaian dan kebodohan Roslizan yang menjadi penyebab. Namun sanggahan daripada Roslizan serta pembuktian menerusi arahan Firdaus Jaafar kepada pereka grafik terbabit selain penyaksian dan keterangan daripada pereka grafik itu telah mengantoikan Firdaus.
Kesemua bahan-bahan tersebut telah dicetak oleh ADNAN SAAD di kilang cetak AZLAN JAN di Alor Setar.
-Pisau.Net
Post a Comment