Home » » "Polis Malaysia Pengecut !!" - Indonesia

"Polis Malaysia Pengecut !!" - Indonesia

Written By Unknown on 13/10/2013 | 10:30 pm

EKSKLUSIF: Indonesia Tuduh PDRM 'PENGECUT' Kerana Tembak Mati Rakyatnya!

Indonesia memprotes insiden berbalas tembak yang mengorbankan empat warganya Jumaat lalu.
Mynewshub.my menemui laporan tersebut dalam laman Kompas.com.
PDRM juga dianggap mereka sebagai sebuah pasukan yang dianggap ‘senang main tembak’
” Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan teroris,” kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Jakarta.
“Saya mengecam keras tindakan barbar polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas,” katanya yang dipetik dari laman web tersebut.
Jumhur menambah, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur mendapat laporan bahawa empat rakyatnya ditembak mati dalam insiden pukul 12 tengah hari itu.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980) Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273)
Menurut versi PDRM, kata Jumhur, keempat-empat rakyatnya itu disyaki telah merompak sebuah rumah pagi sebelum kejadian.
Polis kemudian, katanya, telah menyerbu rumah suspek di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.
Jumhur menambah, pihaknya akan memastikan protes kerajaannya akan  disampaikan melalui jalur diplomatik. 

IMG-20131011-WA0028
IMG-20131011-WA0027
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger