Home » » Pemilihan UMNO Bahagian Kelana Jaya ; 3 Calon Kempen Bersama

Pemilihan UMNO Bahagian Kelana Jaya ; 3 Calon Kempen Bersama

Written By Unknown on 04/10/2013 | 8:30 pm



Hari pemilihan berbaki 2 minggu lagi..19 Oktober 2013 bakal menjadi sejarah..sejarah pada UMNO Malaysia kerana inilah kali pertama pemilihan pucuk pimpinan dari Kepimpinan Bahagian hingga ke jawatan Presiden Parti akan d pilih oleh perwakilan cawangan ke Mesyuarat Agong UMNO Bahagian..

Sejarah pada UMNO Bahagian Kelana Jaya kerana inilah julung kalinya 'kerusi' Ketua Bahagian kosong secara otomatik kerana Ketua Bahagian keluar parti. Jadi tidak timbul isu rebut jawatan..ianya lebih kepada 'tawarkan diri' untuk memimpin..

Malam semalam aakj berpeluang bersama 3 Calon yang menawarkan diri bertemu mesra dengan perwakilan cawangan. Datuk Tengku Rethwan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian, Datuk Yahaya Bujang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Azman Shah menawarkan diri d jawatan Naib Ketua Bahagian.

"..ini bukan soal bertanding ikut kapal..saya lihat pada keserasian dan kita tak perlu munafik pada diri sendiri, kekuatan sesebuah parti atau pertubuhan bila semua peringkat dapat duduk bersama dan wujudnya maufakat..tidak timbul soal berpuak..puak Ketua Bahagian dan puak Timbalan Ketua Bahagian..kita kena bentuk satu pasukan yang kuat untuk hadapi PRU14.." - jawapan Datuk Yahaya pada soalan aakj..kenapa kempen bersama..kenapa tak bawa haluan masing-masing..

"..Datuk Tengku dan Datuk Azman bukan asing d Kelana Jaya dan mereka datang dari kepimpinan akar umbi.." sambung Tok Ya..itulah nama popular Datuk Yahaya Bujang yang selama sepenggal yang lalu menggalas amanah Ketua UMNO Bahagian kerana Ketua Bahagian tinggalkan parti..

"..cukuplah saya pertahankan jawatan..bagi peluang pada yang lebih layak..UMNO d bandar ni lain macam sikit..saya lihat Datuk Dr.Tengku Rethwan layak dari segi akademik dan ketokohan memimpin pun dia ada..insyaAllah saya akan bantu beliau sepertimana saya sudah buktikan ketika saya membantu Ketua UMNO Kelana Jaya yang terdahulu.." tenang saja Tok Ya jawab bila aakj tanya kenapa tak bertanding d jawatan Ketua Bahagian..

Sepanjang beliau berbual mesra dengan perwakilan, ketiga-tiga mereka menjelaskan misi dan visi kiranya mereka d beri peluang memimpin UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Seronok juga aakj tengok bila ada sessi soal jawab dengan perwakilan yang ingin tahu kemana hendak d bawa halatuju UMNO Bahagian Kelana Jaya kiranya 3 Calon ini d beri mandat oleh perwakilan. Aakj lihat ketiga-tiga mereka ini mempunyai niat dan usaha yang sama..mereka ingin lihat UMNO Kelana Jaya bangkit merampas kembali kerusi Dun Seri Setia.

"..kita wajar buat pertemuan sebegini..bertemu pemimpin akar umbi sekerap yang mungkin dan dari situ kita tahu apa masalah sebenarnya..insyaAllah saya akan bantu Datuk Tengku Rethwan dan Tok Ya untuk turun jumpa pemimpin akar umbi kiranya d beri mandat oleh perwakilan.." - Datuk Azman Shah mencelah bila d tanya tentang peranan beliau kelak bila d beri mandat oleh perwakilan.

Sedar tak sedar hampir 2 jam pertemuan ini..nampak jelas d raut wajah perwakilan..kepuasan..bila setiap soalan yang d bangkitkan dapat d huraikan dengan terperinci oleh 3 Calon ini..

..bersambung..




Sila klik d SINI untuk penjelasan visi Datuk Tengku Retwan kiranya d beri mandat memimpin UMNO Kelana Jaya...

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger