Home » » "Pemerkasaan Melayu Bandar Usaha Berterusan" - Datuk Dr Tengku Rethwan

"Pemerkasaan Melayu Bandar Usaha Berterusan" - Datuk Dr Tengku Rethwan

Written By Unknown on 05/10/2013 | 8:30 pm


"..saya faham, bukan senang UMNO Bandar nak temui pengundi Melayu kelas elit yang d war-warkan kurang berminat sertai politik..apa lagi kalau rumah mereka dalam kawasan berpagar dan ada pengawal keselamatan yang menjaga taman perumahan mereka..ini satu cabaran yang hebat bagi jentera UMNO d kawasan bandar.." Bercakap dalam satu pertemuan ramah mesra antara Datuk Tengku dan ketua-ketua cawangan UMNO serta perwakilan dari Dun Subang Jaya malam tadi.

Subang Jaya dan USJ berada d dalam Dun Subang Jaya dan Parlimennya adalah Kelana Jaya. Kerusi Dun telah d wakili oleh komponen BN, MCA selama 5 penggal..dulunya Dun Subang Jaya adalah kubu kuat Barisan Nasional dan kini sudah 2 penggal ianya d kuasai oleh DAP. Majoriti pengundi adalah bangsa Cina..

Menurut Datuk Tengku lagi, usaha dan perancangan yang rapi akan d buat secara berterusan bagi mendekati pengundi Subang Jaya. UMNO memikul tanggungjawab untuk memastikan kumpulan "Melayu Bandar" terus menyokong Barisan Nasional.

"..insyaAllah kiranya saya d beri peluang memikul amanah Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, saya akan pastikan program khas d buat d Subang Jaya demi Melayu Bandar tidak merasakan mereka tersisih jauh dari UMNO..mereka juga perlukan perhatian dari UMNO BN..malah mereka bukannya semua berpendapatan tinggi.." tegas Datuk Tengku.

"..yang penting pemerkasaan jiwa dan menyediakan mereka agar sentiasa bersedia untuk bersaing dengan bangsa lain kita terapkan..penerangan tentang peluang yang Kerajaan Pusat sediakan kepada mereka akan d buat secara berkala, program sebegini insyaAllah akan sedikit sebanyak membuatkan mereka yakin bahawa UMNO tidak pernah pinggirkan Melayu Bandar.." sambung Datuk Tengku.

Datuk Tengku Rethwan turut menjelaskan kepada perwakilan Subang Jaya dan USJ bahawa beliau pernah menetap d Subang Jaya 30 tahun yang lalu ketika itu klinik kesihatan beliau d Bangi. Berpindah ke Kelana Jaya ketika beliau buka lagi satu klinik kesihatan d kampung Lindungan.

"..insyaAllah dengan barisan kepimpinan UMNO bahagian yang ada keserasian dan satu hati maka perancangan program yang menyeluruh antara Dun Subang Jaya dan Dun Seri Setia dapat d jalankan dengan sempurna..terlalu banyak politiking antara kita menyebabkan terbantutnya usaha murni BN.." jawapan Datuk Tengku bila d tanya tentang gandingan beliau dengan Datuk Yahaya Bujang yang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Azman Shah yang bersedia memikul amanah jawatan Naib Ketua Bahagian.

"..tidak mustahil Presiden UMNO meletakkan calon Melayu d Subang Jaya kalau UMNO mampu tunjukkan bukti bahawa semua bangsa menyokong usaha UMNO mendekati pengundi..bukan maksud saya ingin ambil kerusi ini dari MCA kiranya saya d beri mandat menjadi Ketua Bahagian...kita kena bersedia apa juga kemungkinan d masa hadapan.." pengakuan ikhlas dari Datuk Tengku yang ingin melihat perkembangan positif parti komponen BN, MCA.

"..MCA pernah menjadi juara orang Cina..tidak mustahil mereka akan bangkit semula..dan saya amat berharap dapat bekerjasama dengan mereka sebagai satu pasukan BN yang ada misi dan visi..hapuskan buruk sangka antara kita dan kita akan lihat pertolongan Allah.." tegas Datuk Tengku lagi.

Beliau juga menaruh harapan agar Ketua-ketua UMNO cawangan dapat bersama beliau mendekati kumpulan NGO yang aktif d Dun Subang Jaya.."..yakinlah kalau kena gayanya, BN akan ambil balik Subang Jaya..bukan semua Cina sokong DAP.." Datuk Tengku mengakhiri sessi temumesra malam tadi..







Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger