Home » » "Mentor Perpaduan" ; 3 Calon Ini Mampu Bawa Perubahan Besar Di Kelana Jaya

"Mentor Perpaduan" ; 3 Calon Ini Mampu Bawa Perubahan Besar Di Kelana Jaya

Written By Unknown on 16/10/2013 | 5:07 pm


Kempen untuk pemilihan UMNO 2013 bakal tiba d kemuncaknya dan pada 19hb Oktober 2013, UMNO Bahagian Kelana Jaya bakal berubah wajah kepimpinan.

Justeru itu, 3 Calon yang menawarkan diri d jawatan tertinggi UMNO Bahagian Kelana Jaya meneruskan siri kempen bertemu dengan semua perwakilan cawangan yang bakal menentukan halatuju UMNO Kelana Jaya sekaligus halatuju BN Kelana Jaya bagi mengharungi PRU akan datang.



3 Calon tersebut adalah Datuk Tengku Rethwan menawarkan diri d jawatan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Yahaya Bujang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Azman menawarkan diri d jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO.

"..Ketiga-tiga mereka ini memang sudah teruji ketika mereka d amanahkan d barisan kepimpinan UMNO Kelana Jaya..sifat "politik kesederhanaan" yang telah mereka tunjukkan selama mereka dalam UMNO memang sudah terbukti dan yang penting, mereka d senangi ramai ketua cawangan.." - perwakilan Dun Seri Setia.







Datuk Yahaya Bujang sudah teruji mentadbir UMNO Bahagian Kelana Jaya sepanjang UMNO Bahagian ini ditinggalkan Ketua Bahagian kerana menyertai pembangkang. Beliau berjaya tonjolkan bahawa beliau BUKANnya manusia yang TAMAKKAN kuasa..hasrat beliau hanya ingin membantu UMNO Kelana Jaya menang PRU..walaupun beliau tidak d calonkan sebagai Wakil Rakyat, beliau tetap bersama UMNO-BN.."..parti lebih penting dari jawatan Wakil Rakyat.." jawab Datuk Yahaya Bujang.

"..saya tidak pernah lari dari PERANG..Ketua Bahagian lari pun saya masih setia pada parti..ketika Calon PRU 2008 datang dari luar Kelana Jaya dulu pun saya masih setia menjalankan tugas dalam PRU ketika itu..kita bersama parti bukan kerana kita kejar jawatan Wakil Rakyat.." tegas Datuk Yahaya Bujang menjawab tohmahan bahawa beliau merajuk dan lari ketika PRU13 baru-baru ini.

"..saya bersama Datuk Tengku Rethwan dan Datuk Azman Shah turun padang dan membantu PDM Dun Seri Setia..bukan sekadar memberi ceramah ketika itu malah kami menghulurkan sumbangan peribadi untuk jentera PDM bergerak..mana mungkin saya lari kalau saya turun padang.." sambung Datuk Yahaya BUjang.

Malah Datuk Tengku Rethwan sendiri menunjukkan tahap tertinggi POLITIK MATANG..walaupun mengundur diri sebagai CALON PRU13, namun beliau tetap turun berkempen untuk Calon BN ketika itu..yang paling aakj tersentuh..beliau turut memberikan sumbangan peribadi d PDM-PDM walaupun beliau bukan Calon PRU13 !!

"..saya sudah berjanji ingin membantu bilik gerakan Dun Seri Setia ketika itu, jadi saya tunaikan..walaupun saya tidak lagi jadi Calon..yang penting BN menang PRU.." - Datuk Tengku Rethwan.

Menurut Datuk Azman Shah, PDM yang mana beliau menjadi Pengarah, menang pada PRU13 yang lepas walaupun keseluruhan Dun Seri Setia kita tewas.

"..pengundi d PDM tersebut saya kenal dan mereka juga tidak lupa jasa UMNO-BN sepanjang saya jadi Pengarah d penggal yang lalu..antara jentera UMNO-BN dan pengundi, kami punyai hubungan yang rapat.."- tegas Datuk Azman Shah.

Ketiga-tiga mereka bukan orang baru d Kelana Jaya. Bukan saja d hormati oleh orang UMNO malah juga d segani oleh pihak parti pembangkang. Kini mereka tawarkan diri d posisi masing-masing dan mereka dengan ikhlas menyerahkan kepada pertimbangan perwakilan untuk menentukannya.



"..saya turut menyokong ketiga tokoh ini, mereka ada keserasian dan mampu bawa Ahli UMNO Kelana Jaya bersatu.." pengakuan ikhlas Haji Ali Mamat yang turut bertanding jawatan Pengerusi Tetap, beliau kini adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian.

Turut hadir bersama beliau d majlis ramah mesra malam kelmarin adalah Saudara Hatta Mun yang turut bertanding d jawatan Timbalan Pengerusi Tetap. Menurut beliau, "..saya amat yakin mereka bertiga mampu bawa perubahan besar d Kelana Jaya..saya kenali mereka sudah lama dan mereka sudah teruji dalam kepimpinan bahagian.."





Share this article :

+ comments + 1 comments

10/16/2013 6:11 pm

3 calon yg lebih baik di antara 2 kumpulan. DTR seorang yg lebih baik latar blkg & lebih tinggi pendidikan berbanding di sebelah sana.
YB seorang yg lebih berpengalaman & matang berbanding yg emosional, kurang pengalaman & tidak matang.
AS seorang yg rajin bekerja, berpengalaman & semangat setiakawan yg tinggi berbanding yg di sana yg bergerak sprti duri dlm daging.
Ini observasi yg tepat bg org mahu menerima.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger