Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan “bodo” dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupit habit for stupit people (Merokok, satu tabiat bodo untuk orang bodo)'.
Bahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.
Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.
Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris.
Laporan itu mendapati, terjemahan berkenaan – “Ke arah eliminasi transmisi vertikal” – sukar difahami dalam bahasa Melayu.
Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.
Frasa yang dimaksudkan itu sepatutnya merujuk kepada jangkitan oleh ibu kepada anak.
Kementerian berkenaan dalam jawapannya menyebut, satu pasukan redaksi dilantik untuk memeriksa kesemua bahan kempennya dan akan turut mendapatkan nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kerajaan membelanjakan rm19,500 untuk 300 beg galas, rm19,250 utk 3500 buku nota yg mana buku nota itu tidak diedarkan kerana perkataan "bodo" tak sesuai untuk rakyat dan beberapa kempen lain bernilai rm36,000 yang tidak digunakan akibat salah ejaan.
Aakj ; siapa yang salah..Ketua Pengarah..pegawainya atau Menteri? mohon pencerahan...gelap doh ni ambo hahaha
foto hiasan
Post a Comment