Home » » Laporan Audit Negara 2013 ; Terlupa Projek Lombong Emas Kelantan?

Laporan Audit Negara 2013 ; Terlupa Projek Lombong Emas Kelantan?

Written By Unknown on 04/10/2013 | 2:00 pm



Menurut laporan Ketua Audit Negara, anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang terlibat dalam perlombongan emas mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011.

"Pendapatan utama KSB terdiri daripada hasil tribute yang diterima daripada pengusaha projek perlombongan emas alluvial dan feldspar," laporan itu dipetik.

Sejak tahun 2005, KSB diberikan konsesi negeri untuk melombong emas di hampir 12 tempat di Tanah Merah dan Gua Musang.

Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.

Laporan sama juga mempersoalkan sebab Sumber Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.


-pilihananda
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger