Home » » Kerusi Timbalan Presiden ; Ketua Dewan Ulama Politik Pas Sokong Golongan Ulama

Kerusi Timbalan Presiden ; Ketua Dewan Ulama Politik Pas Sokong Golongan Ulama

Written By Unknown on 10/10/2013 | 12:00 pm



Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyokong penuh sekiranya jawatan Timbalan Presiden disandang golongan ulama dalam pemilihan parti itu November ini.

Walau bagaimanapun, katanya, terserah kepada perwakilan untuk membuat penilaian dan sesiapa sahaja yang dipilih kelak akan tetap diterima termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dan penyandangnya, Mohamad Sabu.

"Saya tidak kisah, saya setuju dan sokong apa sahaja keputusan para perwakilan pada pemilihan parti (Pas) November ini.

"Kalau mereka (perwakilan) pilih Mohamad Sabu, saya setuju. Begitu juga kalau mereka pilih kalangan ulama termasuk Mohd. Amar, pun saya sokong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus Mohd. Amar kemungkinan turut bertanding jawatan Timbalan Presiden yang akan dipertahankan Mohamad Sabu.

Laluan bagi menyaksikan jawatan itu diisi golongan ulama semakin hebat diperkatakan berikutan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan menarik perhatian ramai selepas berharap perwakilan Pas akan memilih ulama menjadi Timbalan Presiden itu dalam Muktamar Tahunan Pas ke-59 bermula 22 November ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dilihat sebagai isyarat jelas ulama harus kembali menjadi Timbalan Presiden selepas jawatan itu 'terlepas' kepada golongan bukan ulama dalam pemilihan lalu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger