Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu. Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.
“Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya.”-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).
Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.
Dengan menggunakan analogi "isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat” adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.
Tuan Ibrahim Tuan Man perlu sedar bahawa kenyataan beliau benar-benar menampakkan kecetekkan akal fikirannya berkenaan sejarah dan pengamalan Islam di dalam kehidupan manusia. Beliau harus bertaubat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berunsur kufur yakni menolak kemuliaan para nabi yang terdahulu.
Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa ibu bukan sahaja memikul tanggunjawab yang sangat besar, tetapi golongan ini juga sangat-sangat dimuliakan di dalam Islam. Hatta Rasulullah sendiri pernah telah menyatakan sendiri melalui banyak hadis berkenaan darjat dan ketinggian status seorang ibu.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Di dalam Al-Quran juga tertulis tentang peranan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang wanita bergelar ibu, untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia di muka bumi ini. Allah mengangkat darjat wanita dan kaum ibu agar kaum itu dipandang mulia di dunia dan juga di akhirat. Keperitan tanggungjawab seorang ibu dijelaskan di dalam surah Luqman ayat ke 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)
Oleh itu, apakah natijahnya Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan bahawa didikan ibu adalah punca kepada kesombongan anak-anak nabi yang terdahulu. Adakah Tuan Ibrahim merasakan bahawa para nabi yang telah dilantik oleh Allah telah gagal melaksanakan tugas mereka di muka bumi ini? Kesimpulannya, Tuan Ibrahim perlu bertaubat kepada Allah dan segera bermuhasabah diri. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku di dalam sebuah parti yang kononya memperjuangkan Islam.
foto hiasan
+ comments + 1 comments
Tersesatlah orang yang menganggap manusia sebagai Tuhannya.
Post a Comment