Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.
Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu
Post a Comment