Home » » Foto ; Lelaki Berjalan Kaki 6,387km Untuk Tunai Haji !! Allahhuakbar !!

Foto ; Lelaki Berjalan Kaki 6,387km Untuk Tunai Haji !! Allahhuakbar !!

Written By Unknown on 15/10/2013 | 4:00 pm





MEKAH 14 Okt. - Jika kebanyakan jemaah menggunakan kapal terbang, belayar atau memandu untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah, berbeza pula dengan seorang jemaah dari Pakistan.

Kharlzada Kasrat Rai sebaliknya memilih untuk berjalan kaki dari kampung halamannya di Karachi untuk ke Mekah.

Lelaki berusia 37 tahun itu berjalan kaki sejauh 6,387 kilometer melalui Iran, Iraq dan Jordan. Kharzalda memulakan perjalannya pada 7 Jun lepas dan tiba di Mekah pada 1 Oktober lalu.

Ketibaannya disambut meriah oleh kerajaan Arab Saudi yang menyifatkan usahanya itu sebagai luar biasa.


Kharzalda menyatakan bahawa tujuannya berjalan kaki ke Mekah adalah untuk menyampaikan mesej keamanan kepada dunia, selain mengutuk kegiatan keganasan.

Kharzalda merupakan pemegang Rekod Dunia bagi Berjalan Kaki untuk Keamanan sebanyak dua kali. Pada 2007, dia berjalan kaki sejauh 1,999 kilometer selama 85 hari antara Khyber dan Karachi, sekali gus memecah rekod dunia buat kali pertama.

Pada 2009 pula, lelaki itu berjalan kaki sejauh 327 kilometer dari Lahore ke Islamabad dalam tempoh 14 hari dan 222 kilometer dari Islamabad ke sebuah perkampungan di Pakistan iaitu Chakuti dalam masa sembilan hari.

Kharzalda berjaya memecahkan rekod dunianya buat kali kedua apabila mengulangi berjalan kaki dari Khyber ke Karachi pada 2011 dengan jarak yang lebih jauh iaitu 2,287 kilometer dalam masa 72 hari. 

- AGENSI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger