Seorang wanita menerima padah apabila dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah Thailand atas kesalahan menghina keluarga diraja.
Noppawan Tangudomsuk atau Bento didapati bersalah melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand setelah menghantar komen berbaur penghinaan melalui talian di laman web berita Prachatai pada tahun 2008.
Siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan alamat komputer sekaligus menahan tertuduh.
Hukuman yang dijatuhkan terhadap Bento merupakan hukuman yang kedua dalam tempoh seminggu atas kesalahan yang sama.
Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej merupakan tokoh yang sangat dihormati di negara itu dan sesiapa yang didapati bersalah menghina raja bakal berhadapan dengan undang-undang keras iaitu penjara sehingga 15 tahun.
Post a Comment