Bahang final Piala Malaysia semakin terasa. Masing-masing mempunya predikasi keputusan. Ada yang menjangkakan ianya pertemuan epik pantai timur yang terhebat.
Di kala persiapan dilakukan, ada pula peminat-peminat bola sepak dalam negara yang bertindak diluar jangkaan. Masing-masing mahu meluahkan perasaan. Ada yang hingga langgar batasan agama, adat dan tatasusila masyarakat Malaysia.
Melalui akaun facebook, seorang pengguna yang menggunakan nama Elman Ganu menggunakan kata-kata lucah dan tidak senonoh ke atas pasukan Kelantan. Malah ditulisnya pelbagai perkara-perkara yang hanya layak digelar binatang. Cuba lihat print screen di bawah.
Namun, peminat-peminat di Malaysia semakin matang dan bijak berfikir. Ada yang beranggapan pemilik akaun FB tersebut sekadar mahu mencari populariti dan mahu mencetuskan huru hara. Ianya samalah dengan kelakuan beberapa pemilik wanita yang mahu bertelanjang lah, berbogellah dan sebagaianya.
Jom sokong bola sepak tempatan dengan cara yang paling sihat!
-pilihananda
Post a Comment