Pemilihan CEC DAP berlangsung dengan penuh manipulasi telah
mendedahkan betapa buruk dan jahatnya pemimpin-pemimpin DAP itu.
Biarpun manipulasi DAP telah terdedah tetapi DAP tidak mahu
mengaku salah dan cuba menipu dengan berbagai cara bagi melepaskan diri. DAP sebolehnya enggan disiasat kerana
bimbang segala perbuatan mereka menipu ahli akan terbongkar.
Maka kita tidak terkejut apabila sebuah blog, DAP Insiderhttp://thedapinsider.blogspot.com/ mendedahkan sesuatu yang sebenarnya telah lama disyaki oleh ramai
iaitu DAP cuba merasuah ROS bagi menyelesaikan isu pemilihan CEC.
Untuk itu, DAP mengharapkan ROS agar membatalkan sahaja parti itu
supaya tiada siasatan boleh dilakukan. Difahamkan
Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya juga benar-benar takut sekiranya mereka tidak
dapat mengekalkan jawatan andai diadakan pemilihan semula. Lalu, mereka berbincang dengan Karpal
Singh dengan kehadiran RSN Rayer untuk mencari penyelesaian.
RSN Rayer kemudiannya dijadikan orang suruhan untuk ‘berbincang’
dengan ROS. Dengan tawaran
rasuah sejumlah RM500,000, ROS diminta agar membatalkan sahaja parti DAP tanpa
sebarang siasatan dilakukan.
Cara ini juga akan membolehkan DAP mendaftar semula parti mereka
dengan mengubah perlembagaan di mana jawatan Setiausaha Agung adalah
kekal. Beberapa perkara
lain akan turut dikaji semula bagi memastikan Dinasti Lim kekal di tampuk
kepimpinan tertinggi.
Selain itu, laman DAP Insider juga turut mendedahkan bagaimana DAP
dengan sengaja melanggar beberapa peraturan dalam proses mengadakan pemilihan
semula agar rancangan mereka untuk membatalkan penubuhan parti berjaya.
Jika ini benar, maka tidak hairanlah DAP begitu ‘bengang’ dengan
ROS walaupun segala masalah mereka bukannya berpunca dari ROS. Masalah DAP sebenarnya berpunca dari
ahli-ahli parti itu sendiri yang telah membuka mata dan bangkit mempertahankan
hak mereka.
Malangnya, ‘kebangkitan’ mereka hanyalah separuh jalan.
Seperti yang kita tahu, jika sebelum ini hanya 753 yang dinafikan
hak mengundi, tetapi dalam pemilihan semula pada 29 September lalu, seramai 851
orang perwakilan pula dilaporkan ‘hilang’ dan tidak hadir untuk mengundi. Ini bermakna lebih ramailah yang
‘terlepas’ hak untuk
memilih pemimpin di dalam DAP.
Sehingga ke hari ini kita tidak tahu apa yang terjadi dengan
kesemua 851 orang itu kerana tiada di antara mereka yang tampil membuat
penjelasan atau aduan kepada ROS. Pemimpin
DAP juga tidak dapat menjelaskan perihal ‘kehilangan’ mereka-mereka ini.
Hairan sekali, jika mereka sanggup bersusah payah membuat aduan
kerana tidak dapat mengundi dalam pemilihan awal, kenapa mereka tetap tidak
hadir apabila pengundian diadakan semula?
Mungkinkah bajet RM500,000 yang diperuntukkan untuk rasuah ROS itu
telah digunakan untuk memastikan 851 perwakilan itu hilang dan menutup
mulut? Ini tidak
mustahil kerana dari apa yang kita dengar, DAP menyelesaikan masalah dengan dua
cara sahaja iaitu sama ada rasuah ataupun ugut.
Tak tahulah sama ada apa yang kita dengar itu benar, tetapi yang
pasti tiada apa yang buruk yang tidak mustahil bagi DAP.
fotohiasan
Post a Comment