Home » » "Commitment Is The Key Of Success" - Datuk Tengku Rethwan Calon Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya

"Commitment Is The Key Of Success" - Datuk Tengku Rethwan Calon Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya

Written By Unknown on 08/10/2013 | 8:30 pm


"..kita tidak merancang untuk gagal, cuma masalah besarnya bila kita gagal untuk merancang.." antara ucapan balas Datuk Dr Tengku Rethwan dalam sessi dialog dengan perwakilan cawangan , Calon Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang memegang nombor Calon "01" dalam penggal pemilihan UMNO kali ini.

Dalam siri jelajah temumesra tersebut, Datuk Tengku d tanya mengenai persiapan beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin No1 d Kelana Jaya. Menurut Datuk Tengku, yang penting semua barisan kepimpinan yang d beri amanah dapat bekerjasama sepenuhnya dalam merangka strategi parti bagi mengharungi PRU akan datang malah PRU-PRU yang seterusnya.

Perancangan, Penerangan dan Perlaksanaan wajib d fahami oleh semua saf kepimpinan d bahagian kerana ianya bakal d 'bawa' turun ke pemimpin akar umbi dan seterusnya d salurkan pada pengundi tentang Misi dan Visi Kerajaan Pusat untuk rakyat.

"..insyaAllah dengan pengalaman politik yang lebih 30 tahun d pelbagai jawatan, bermula dari peringkat cawangan hingga ke saf kepimpinan bahagian..d bantu pula oleh sahabat-sahabat yang sanggup bekerjasama, kiranya saya d beri peluang memimpin maka Misi utama saya adalah membawa UMNO Kelana Jaya tawan kembali Dun Seri Setia..." sambung Datuk Tengku.

Datuk Tengku juga akui bahawa pengalamannya sebagai Doktor banyak membantu beliau.." Masa kerja minima 18jam sehari bertemu pelbagai ragam manusia dan kerja yang tak mengikut masa perlukan ketahanan stamina fizikal dan mental.."

Menurut beliau lagi, kita tidak tahu siapa yang akan masuk ke bilik rawatan atau klinik kita setiap hari..yang penting kita wajib bersedia untuk bertemu mereka dan memberi perkhidmatan yang terbaik agar pesakit yang datang tidak pulang dengan kecewa..".. dengan kerja yang kita buat, kena ada keikhlasan dalam melaksanakan amanah maka kita takkan stress..kalau kita buat kerja parti kerana nakkan sesuatu imbuhan kepentingan diri maka kita akan jadi manusia tidak amanah dan akan memudaratkan parti.." tegas beliau lagi.

Disetiap pertemuan dengan perwakilan, Datuk Tengku selalu tegaskan bahawa beliau akan buat program khas kepimpinan pelapis akan datang.."..kita bukannya menongkat langit selamanya, kita kena segerakan wujudnya pemimpin pelapis akan datang..transisi antara pemimpin senior kepada pemimpin generasi baru wajar ada perancangan rapi agar mereka yang bakal ambil alih tampuk kepimpinan faham dengan jelas halatuju perjuangan ummat Melayu.."

"..diantara ahli UMNO pun ada perbezaan pandangan..yang penting kita kurangkan perbedaan ini dan tuju ke arah titik persamaan..jadi antara perancangan dan perlaksanaan yang saya akan buat adalah merapatkan hubungan antara ahli parti dan d waktu yang sama merapatkan hubungan UMNO BN dengan pengundi dan rakyat Kelana Jaya.." -harapan Datuk Tengku d akhir majlis pertemuan dengan perwakilan Kelana Jaya malam tadi.

Turut bersama menyokong dan bergandingan dengan beliau adalah Datuk Yahaya Bujang, beliau mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO bahagian dan Datuk Azman Shah yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian..ironinya mereka semua mendapat nombor calon "01".

"..satu pasukan yang nampak ada keserasian yang jelas.." - perwakilan yang hadir memberi komen bila aakj tanya pandangan mereka terhadap gandingan ini..

"..saya lihat Datuk Tengku mempunyai komitmen yang jelas dan ikhlas ketika beliau turun membantu semasa PRU13 yang lalu walaupun beliau bukannya Calon BN.." - pengakuan jentera PDM Dun Seri Setia yang turut hadir bersama dalam sessi temumesra ini..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger