Parti DAP terus dipandang sinis walaupun setelah pemilihan
semula CEC selesai. Sebelum
ini, keputusan DAP untuk akur dengan syarat ROS dan mengadakan pemilihan semula
juga, telah diterima dengan penuh kesangsian oleh ahli-ahli mahupun pemerhati
politik dari luar.
Pendek kata, tiada siapa percaya bahawa DAP mampu mengadakan
pemilihan secara telus dan adil. Semua
pihak ternanti-nanti dan meneka-neka bagaimana pemimpin DAP akan memanipulasi
undi kali ini, bagi memastikan kemenangan mereka sekali lagi.
Akhirnya, kita dapati bahawa strategi mereka adalah sama saja
iaitu memastikan tidak ramai yang hadir ke mesyuarat.
Jika mesyuarat sebelum ini menyaksikan seramai 753 orang
perwakilan tidak hadir kerana tidak mendapat notis, maka mesyuarat kali ini
pula mendapati jumlah ketidakhadiran yang meningkat iaitu 845 orang. Tidak dapat dipastikan sama ada
kesemua 753 orang yang telah terpinggir sebelum ini merupakan orang yang sama
tidak hadir dalam mesyuarat kali ini. Jika
benar, maka ia merupakan sesuatu yang aneh sekali.
Untuk apa 753 perwakilan tersebut membuat aduan kepada ROS
kerana tidak dapat mengundi kerana menerima notis mesyuarat lalu, jika mereka
enggan hadir di dalam mesyuarat pemilihan yang diadakan semula?
Berbagai-bagai persoalan dan teori dibuat oleh orang ramai
mengenai keganjilan ini. Ada
yang menuduh pemimpin DAP telah menggunakan taktik ugutan dan ada juga yang
menuduh terdapatnya unsur-unsur ‘jual-beli’ perwakilan. Syak wasangka ini tidak dapat
dielakkan kerana pemimpin DAP sudah terkenal dengan sikap samseng lagi korup
serta kotor.
Bukan sahaja 845 dari 2576 perwakilan ‘hilang’, tetapi 17 dari
63 calon juga menarik diri di saat akhir. Kedua-dua jumlah ini masing-masing
mewakili hampir 1/3 dari jumlah keseluruhan yang layak mengundi dan yang
menjadi calon.
1/3 bukanlah jumlah yang sedikit. Untuk sebuah parti yang boleh
dikatakan kecil berbanding UMNO, ia merupakan jumlah yang cukup
signifikan. Sepatutnya,
dengan hanya 2,000 lebih perwakilan, DAP seharusnya mampu menyaksikan kehadiran
sehingga 90%. Apatah lagi
dengan hakikat bahawa ini adalah pemilihan semula yang menjadi
kontroversi.
Lebih-lebih lagi dengan wang yang begitu banyak sehingga mampu
mengadakan mesyuarat di Hotel Lima Bintang, maka bukankah lebih elok jika wang
tersebut digunakan sepenuhnya untuk menaja kehadiran semua perwakilan untuk
memastikan tiada lagi ruang keraguan?
Apapun, seperti yang kerapkali diulang, DAP sememangnya sudah
hilang kredibiliti. Pemimpin
DAP sudah tidak ada nilai lagi. Mereka
semua tidak layak lagi untuk menyebut perkataan ‘moral’ ataupun
‘integriti’.
Oleh itu, satu-satunya cara untuk DAP memulihkan reputasi ialah
dengan melakukan perubahan drastik di mana semua pemimpin utama yang pastinya
menjadi dalang kepada manipulasi undi dan strategi kotor pemilihan ini, perlu
dibuang.
Namun, kita meragui yang DAP benar-benar pentingkan kebersihan
kerana sifat semulajadi bangsa Cina itu tidak kisah pun dengan kekotoran tidak
kira dari segi urusan perniagaan, kediaman mahupun makanan.
Jika ini tidak benar, mana mungkin Jenice Lee yang beria-ia
menghentam DAP sebelum ini sehingga dipecat, tiba-tiba tersenyum gembira turut
bersama-sama mengundi dalam CEC? Kotor-kotor DAP pun, parti itu juga yang
dia suka…bukan susah, lap saja ok apa..!?
Post a Comment