Home » » Balas Dendam ; Dap Mula Dakwa Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah?

Balas Dendam ; Dap Mula Dakwa Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah?

Written By Unknown on 16/10/2013 | 11:00 am


Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.
“Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.
“Persoalan sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu. Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas kerana mengamalkan `double standard’,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau merujuk kepada tindakan ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini kerana pemilihan CEC yang berlangsung pada tahun lalu dianggap tidak sah.
Nie Ching seterusnya mendakwa, pada Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung Sabtu lalu, terdapat 50 UMNO bahagian menghadapi masalah teknikal menyebabkan proses pengiraan undi yang terlalu panjang.
Beliau juga mendakwa dimaklumkan kononnya UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menerima kertas undi berlebihan berbanding jumlah perwakilan, enam cawangan UMNO di Seremban dibenarkan mengundi meskipun telah dibatalkan pada bulan lalu.
Nie Ching juga mendakwa pengundian di UMNO Bahagian Baling dan Sabak Bernam terpaksa dilanjutkan disebabkan kehilangan kertas undi, malah keputusan undi tidak dikeluarkan selepas lebih 24 jam proses pengundian tamat.

Aakj ; dap vavi dok meroyan..parti gila mereka sendiri pun masih dok menipu walaupun buat CEC yang baru..ahli yang d buang boleh mengundi? hahah cek semula la wehhh !! cu tengok gambar sapa yang kat bawah tu...

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger