Home » » #Bajet2014 ; Sektor Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar

#Bajet2014 ; Sektor Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar

Written By Unknown on 25/10/2013 | 6:40 pm

Bajet 2014-PM

Sektor pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar apabila kerajaan menyediakan RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada jumlah keseluruhan Bajet 2014 bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu menunjukkan kerajaan komited untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi.
“Pendidikan adalah segalanya. Sejak zaman bahari, sesebuah ketamadunan bangsa tidak akan kekal lama jika seandainya tidak diakari dan dibajai dengan ilmu dan pengetahuan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan juga akan memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mencapai objektif bagimembawa Malaysia ke tahap kategori ‘sepertiga teratas’ dalam kedudukan pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Perdana Menteri berkata bagi terus memartabatkan kecemerlangan pendidikanbermula di peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah, beberapa program akan dilaksanakan tahun depan.
Katanya kerajaan amat prihatin tentang pendidikan awal anak-anak keranatempoh itu amat kritikal dalam menentukan proses tumbesaran fizikal dan minda terbaik dan sebanyak RM530 juta disediakan bagi program prasekolah serta menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan.
Najib berkata sejumlah RM209 juta disediakan bagi melaksanakan program pemantapan profesion guru dengan memberi tumpuan kepada tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran serta kemahiran menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Katanya sebanyak RM168 juta pula diperuntukkan bagi memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara manakala RM831 juta bagi membina 33 sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah usang.
Bagi meneruskan komitmen kerajaan di bawah Tabung Khas PembinaanPenambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, Najib berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM450 juta kepada tabung berkenaan.
Daripada jumlah itu, katanya RM100 juta kepada Sekolah Kebangsaan danmasing-masing RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains
Mara, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat.
Pada pembentangan Bajet 2012 dan 2013, kerajaan menyediakan masing-masingRM1 bilion di bawah kedua-dua tabung berkenaan, khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
Beliau berkata bagi memperkasa pendidikan tertiari, kerajaan akan memberifokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja.
Katanya antara program yang akan dilaksanakan termasuk meningkatkan statusuniversiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa dan sebanyak RM600 juta disediakan sebagai geran penyelidikan di IPTA.
“Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian diperingkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, RM110 juta disediakan bagi tujuan tersebut,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagimeningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang terkemuka. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
12/19/2013 7:56 am

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger