Home » » #Bajet2014 ; PDRM Terima RM8.8b Untuk Kurangkan Kadar Jenayah

#Bajet2014 ; PDRM Terima RM8.8b Untuk Kurangkan Kadar Jenayah

Written By Unknown on 25/10/2013 | 6:52 pm

Bajet 2014-PM

Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah diseluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itumenunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah.
Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagimelengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.
“Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan menambah 200 buahmotosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.
“Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukanRM200 juta,” katanya.
Perdana Menteri berkata bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akanmembina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta.
Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), KotaSetar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor).
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger