Home » » Anggota Polis Di Pukul Gengster Taik Anjing !! tuuuiHHH !!

Anggota Polis Di Pukul Gengster Taik Anjing !! tuuuiHHH !!

Written By Unknown on 15/10/2013 | 10:00 am


Klang – Sekumpulan lelaki didapati cuba menunjuk samseng di khalayak ramai apabila bertindak mengepung dan cuba memukul seorang daripada empat anggota polis bermotosikal yang sedang melakukan rondaan di Taman Desawan, dekat sini kira-kira jam 3 pagi semalam.
Apa yang mengecewakan, kumpulan lelaki berkenaan yang sepatutnya membantu anggota beruniform terbabit selepas mangsa cedera akibat terbabit dalam kemalangan, bertindak sebaliknya apabila seorang daripada mereka sanggup menyerang anggota polis itu selepas dua daripada mereka terbabit dalam nahas.
Kejadian bermula selepas empat anggota polis yang masing-masing menaiki motosikal melakukan rondaan di situ sebelum mereka didatangi seorang lelaki bermotosikal yang tidak memakai topi keledar menunggang sambil melawan arus di jalan Banting-Klang berhampiran kawasan perumahan itu.
Sumber memberitahu, dua anggota dari unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Klang yang berada di bahagian hadapan sempat mengelak, namun dua lagi anggota yang berada di belakang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka dirempuh dan terjatuh selain mengalami kecederaan.
“Ketika itulah datang beberapa lelaki yang bertindak mengepung kumpulan anggota polis berkenaan sebelum seorang daripada mereka menyerang anggota yang mengalami kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa mempertahankan diri dan memberi penjelasan mengenai kejadian berkenaan.
“Menyedari penjelasannya tidak dipedulikan dan terus diancam selain uniformnya ditarik, anggota terbabit terpaksa melupakan kesakitan untuk bergelut sebelum berjaya menahan seorang daripada kumpulan lelaki itu sementara seorang lagi anggota hanya terbaring atas jalan manakala dua lagi rakan mereka turut dikepung kumpulan lelaki terbabit.
“Sejurus menyedari seorang daripada mereka ditahan, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri sebelum mereka mendapatkan bantuan daripada rakan lain selain membantu lelaki yang melanggar mereka,” katanya.
Ketua Polis Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, bagaimanapun lelaki berusia 26 tahun yang melanggar mereka dilaporkan mati di tempat kejadian manakala dua anggota polis berusia 25 dan 28 itu mengalami kecederaan di tangan dan dagu sementara seorang lagi cedera di kepala selain patah jari kaki.
Menurutnya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang manakala mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Buat masa ini katanya, polis mengesyaki lelaki yang terbunuh mungkin cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada terdapat sebarang sekatan diadakan oleh agensi peguatkuasaan di kawasan berkenaan pada waktu kejadian. – myMetro Online

fotohiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger